awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maal Hijrah: Contohi sifat terpuji, jauhi sifat tercela - Sultan Selangor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/08/2021
02:26 MYT
Maal Hijrah: Contohi sifat terpuji, jauhi sifat tercela - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bersempena Maal Hijrah 2021.
KUALA LUMPUR: Umat Islam digesa menjauhi perkara yang membawa kepada kemungkaran termasuk sifat-sifat tercela seperti berdusta, khianat, menyembunyikan kebenaran dan menyebarkan berita palsu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam titahnya bersempena sambutan Maal Hijrah tahun ini bertitah sesungguhnya yang sedemikian itu merupakan sifat orang munafik dan sebaiknya mencontohi sifat terpuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
"Beta menyeru agar memperbaharui azam dan tekad dengan mengubah cara kita berfikir dan melakukan sesuatu tindakan ke arah mencapai matlamat kecemerlangan di dalam kehidupan.
"Bagi memastikan matlamat kecemerlangan ini tercapai, umat Islam perlu mencontohi sifat-sifat terpuji junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan membuang segala sifat-sifat negatif yang ada pada diri kita.
"Ini termasuklah sifat hasad dengki dan fitnah memfitnah yang dilakukan antara satu sama lain khususnya di media-media sosial, yang boleh meruntuhkan perpaduan sesama ummah dan memberi kesan yang buruk khususnya kepada generasi akan datang," titah baginda melalui Facebook Selangor Royal Office, pada Isnin.
Sumber Facebook selangorroyaloffice
Sultan Sharafuddin berharap sambutan Maal Hijrah kali ini dihayati dan dirai dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan pentingnya penghayatan nilai-nilai murni di dalam Islam diterjemah kepada setiap aspek kehidupan.
Baginda turut mengajak sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar seluruh umat Islam di negara ini sentiasa dilimpahi rahmat-Nya, selain dijauhkan daripada wabak penyakit serta kekal hidup dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.
"Beta dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443H kepada seluruh umat Islam," titah baginda.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#perpaduan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Maal Hijrah t
#orang munafik
#sifat negatif
#Nabi Muhammad SAW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan