KUALA LUMPUR: Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS) hari ini menggesa kerajaan untuk mempertimbang syor Majlis Permulihan Negara (MPN) bagi membuka sempadan negara seawal 1 Mac depan yang menjadi langkah ke arah pemulihan ekonomi.
Presidennya Francis Teo berkata, ini akan membolehkan pengembara antarabangsa memasuki Malaysia tanpa perlu menjalani kuarantin (dan pada masa sama mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan keselamatan serta melindungi orang ramai) yang dapat merancakkan semula acara perniagaan selain mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat.
Menurutnya, MACEOS juga berharap dapat bekerjasama erat dengan pihak berkuasa untuk mewujudkan langkah-langkah lebih ketat bagi memastikan kemasukan yang tidak rumit dan penginapan sewajarnya untuk pengembara bagi menghadiri acara perniagaan.
"Kalangan ahli-ahli kami telah mengikuti rapat perkembangan di destinasi acara perniagaan lain yang telah membuka semula operasi terbabit.
"Kami juga dapat mengemukakan saranan berkaitan amalan terbaik untuk mewujudkan satu rangka kerja menyeluruh prosedur operasi standard (SOP) untuk industri acara perniagaan dalam norma baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sejak Jun 2020, MACEOS telah mewujudkan serta mengemukakan rangka kerja kesihatan dan keselamatan serba komprehensif dengan amalan terbaik global sebagai garis panduan penganjuran acara perniagaan dan mesyuarat dalam norma baharu.
Ini termasuk beberapa protokol utama seperti sanitasi lokasi, pemeriksaan kesihatan para delegasi, kawalan orang ramai, prosedur pengesanan kontak dan penjarakan fizikal.
Teo turut menyuarakan keyakinannya bahawa Malaysia dan komuniti acara perniagaan telah bersedia untuk menerima kehadiran pengunjung asing berikutan pelaksanaan program suntikan vaksinasi oleh kerajaan selain aspek SOP di semua sektor.
"Perniagaan dan persatuan pelancongan di negara ini telah bersepakat untuk mewujudkan serta melaksanakan Gabungan Keselamatan Pelancongan (TSAM) bagi memastikan aspek keselamatan dan kebersihan dioptimumkan di peringkat industri, hotel, restoran atau premis makanan, pusat konvensyen, pusat tumpuan dan pengangkutan di serata negara," katanya.
TSAM yang dilancarkan pada 10 Oktober 2021, melibatkan empat persatuan industri pelancongan utama yang komited bagi meningkatkan keyakinan pasaran di Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan serta percutian.
Empat pihak terbabit adalah MACEOS, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia, Persatuan Hotel Malaysia dan Malaysia Aviation Group (MAG) yang mewujudkan penyelesaian pengembaraan komprehensif serta selamat yang turut diperakui oleh Bureau Veritas Certification Malaysia.
Selain itu, tujuh pusat konvensyen Malaysia telah menerima pensijilan SafeBE yang diaudit oleh Bureau Veritas bagi mengiktiraf komitmen mereka ke arah memastikan perjalanan acara perniagaan yang selamat secara menyeluruh.
Lokasi terbabit adalah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Connexion Bangsar South, Pusat Konvensyen Setia City, Setia SPICE Pulau Pinang, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
"Semua pihak bertanggungjawab untuk saling menjaga keselamatan di antara satu sama lain. Saya juga menggesa ahli-ahli MACEOS dan penggiat industri untuk terus mematuhi SOP serta mengambil langkah berjaga-jaga agar pemulihan ekonomi ini dapat dipercepatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022

MACEOS berharap dapat bekerjasama untuk mewujudkan langkah-langkah lebih ketat bagi memastikan kemasukan yang tidak rumit. - Gambar hiasan/Bernama
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.

Op Benteng: Penceroboh semakin berani, tidak endah arahan pengusiran
Ketika menghampiri perairan Pulau Jarak kira-kira 2.0 batu nautika, radar berjaya mengesan kira-kira 40 buah bot nelayan asing dipercayai warga Indonesia.

COVID-19: Kerajaan tidak akan terburu-buru buka sempadan negara - Muhyiddin
Kerajaan tidak akan terburu-buru untuk membuka sempadan negara ketika Pandemik COVID-19, tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.