BUDGET-2015
Macro mahu lebih banyak insentif bagi firma teknologi mudah alih dalam Bajet 2015
Macro Kiosk Bhd, penyedia teknologi komunikasi mudah alih, berharap akan ada lebih banyak insentif dan sokongan bagi syarikat-syarikat teknologi mudah alih dalam Bajet 2015 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Kenny Goh berkata insentif yang lebih itu perlu meliputi pelbagai peringkat ekosistem teknologi mudah alih.
Goh berkata dasar-dasar perlu diperkenalkan untuk menyokong syarkat-syarikat tempatan yang memberi tumpuan kepada kandungan, aplikasi serta infrastruktur mudah alih dan tidak hanya terhad kepada pembuatan dan perkakasan mudah alih.
"Malaysia sudah mempunyai ekosistem teknologi mudah alih yang cergas dan kita hanya perlu memastikan semua pihak menerima sokongan yang sama," katanya dalam satu kenyataan.
Mengenai senarai hasrat Macro dalam Bajet yang akan dibentangkan itu, beliau berkata kerajaan perlu menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk bekerja dengan penyedia teknologi tempatan Malaysia.
"Banyak syarikat di sini mengadakan penyumberan luar bagi keperluan teknologi mereka, oleh itu insentif sokongan atau membeli produk tempatan mungkin membantu menggalakkan mereka menimbangkan syarikat tempatan untuk keperluan mereka," kata Goh.
Bagaimanapun beliau berharap kerajaan akan melaksanakan dasar atau langkah-langkah yang dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Goh berpendapat Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) merupakan suatu yang perlu dilaksanakan sama ada sekarang atau pada masa hadapan.
"Daripada melihatnya sebagai satu impak, kita perlu mencari jalan untuk melihat bagaimana CBP boleh menjadi kelebihan kepada negara dan rakyat secara keseluruhan," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami