KUALA LUMPUR: Kerangka 'Madani' yang berteraskan enam komponen holistik dan saling berkait menjadi nilai penting untuk dihayati serta dijadikan garis panduan dalam pembentukan negara bangsa.
Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Datuk Ismail Yusop berkata enam nilai itu - kemampanan, kesejahteraan, daya cipta dan inovasi, nilai hormat, keyakinan serta ihsan, dikupas dalam buku 'Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi' yang merupakan hasil nukilan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Setiap Perdana Menteri mempunyai tema tersendiri yang dibawa dan bagi saya, apa yang diangkat oleh Datuk Seri Anwar adalah sebahagian rantaian dan proses untuk membina negara bangsa.
"Sebagai contoh, dalam ucapan tahun baharu Perdana Menteri memberi penegasan betapa pentingnya urus tadbir dan tata kelola negara yang melibatkan semua peringkat termasuk rakyat.
"... dan kerana itu untuk bergerak ke hadapan, kita memerlukan falsafah yang memberi kerangka kepada semua pihak, daripada pimpinan dan rakyat untuk bersama-sama melakukan perubahan," katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV, Isnin malam.
Mengambil aspek 'ihsan,' Ismail berkata kehidupan bermasyarakat di Malaysia dengan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya memerlukan setiap individu untuk mempamerkan sikap saling menghormati melalui nilai yang menyatukan sekali gus mengelak berlakunya prejudis serta salah faham.
"Selain itu, antara yang disentuh dalam buku ini seperti rasuah adalah masalah yang paling besar dan bukan mudah untuk dileraikan. Kalau bercakap soal rasuah, ia berlaku secara sistemik, itu ayat yang Datuk Seri guna sehingga orang tidak lagi rasa bersalah dan menganggap ia perkara biasa.
"Ia memerlukan satu muhasabah diri, pendekatan agresif dan komprehensif dalam membina pasukan di peringkat kepimpinan penjawat awam dan rakyat yang sepatutnya menerima khidmat daripada kerajaan yang ada," katanya.
Ismail berkata buku itu, yang diterbitkan IDE dan bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Khamis ini, antaranya menghimpunkan pengalaman politik serta hasil pembacaan Anwar selama empat dekad yang bermula dari zaman beliau bergelar mahasiswa hingga memimpin gerakan reformasi.
Beliau berpendapat setiap masyarakat perlu mendapatkan buku itu kerana kerangka Madani mampu membentuk masyarakat demokratik selain menjadi kekuatan yang berupaya memulihkan kedudukan Malaysia sebagai negara cemerlang melalui proses reformasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023

Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Datuk Ismail Yusop ketika ditemu bual oleh pengacara Sherkawi Jirim pada program Ruang Bicara. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Gempa bumi kuat landa Myanmar, beberapa negara turut terkesan
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 landa Myanmar yang setakat ini telah mengorbankan seramai 15 orang. Junta Tentera Myanmar turut isytihar darurat di kawasan terlibat. Beberapa kawasan di Thailand turut terkesan dengan gegaran. Syaff Syukri bawakan perkembangan terkini situasi gempa di Myanmar
AWANI Ringkas: Gempa kuat landa Myanmar, negara jiran turut rasai gegaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gegaran gempa bumi Myanmar turut dirasai di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda di tengah Myanmar pada hari ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia.

Aidilfitri: Indonesia kerah kapal perang untuk perjalanan balik kampung lebih selamat
Tentera Laut Indonesia mengerahkan sebuah kapal perang bagi membawa penumpang dan motosikal mereka, dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas sertamenjelang Aidilfitri.

Hari Polis ke-218: Kepada PDRM disandarkan harapan, pastikan Malaysia kekal aman
Keamanan yang dicapai Malaysia tidak mungkin dinikmati tanpa pasukan PDRM.

Mesej Kim Soo Hyun kepada Kim Sae Ron tular, netizen luah rasa jijik
Netizen luah rasa marah selepas tular satu tangkap layar mesej yang didakwa daripada pelakon terkenal Korea, Kim Soo Hyun kepada mendiang Kim Sae Ron.

Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua beradik lelaki
Seorang ibu dan anaknya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua beradik lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.

Bursa Saham Thailand digantung serta-merta, susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar
Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar pada tengah hari Jumaat, menyebabkan gegaran kuat dirasai di Thailand termasuk ibu kota Bangkok.
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

Pemisahan untuk Tang Jie-Ee Wei untuk muhasabah diri - Rexy
Rexy menyifatkan tindakan memisahkan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei adalah untuk kedua-dua pemain itu bermuhasabah diri.

Kefahaman tentang ilmu perlu jadi teras membangunkan Malaysia Madani - PM Anwar
Anwar berkata kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Seri Perdana sering mengadakan majlis ilmu secara berkala supaya tradisi budaya ilmu dapat dihayati.

Islam tidak tergugat di bawah kepimpinan PM Anwar - Ahmad Zahid
Menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Kewangan, lebih 220,000 huffaz dari maahad tahfiz berdaftar akan terus dibantu.

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Malaysia antara negara paling mahal jual kereta?
Sebuah portal popular, Jalopnik, menyenaraikan Malaysia sebagai negara kedua paling mahal untuk membeli kereta.