KOTA KINABALU:Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyeru mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak 'sebulu' dengan pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.
Beliau yang juga Presiden Parti Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) berkata, penyertaan itu membolehkan gabungan tersebut merangka polisi dan dasar alternatif pasca Muhyiddin dan Perikatan Nasional (PN).
Untuk rekod, beberapa Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah secara terbuka menarik sokongan mereka kepada Muhyiddin sebelum ini.
"Kepada rakan-rakan separlimen saya, Ahmad Jazlan, Nazri Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan lama di BN yang tinggalkan Muhyiddin, saya ingin mengajak anda menyertai kami dalam PH Plus.
"Ini adalah untuk berbincang mengenai dasar alternatif pasca Muhyiddin dan pasca PN," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
UPKO merupakan parti komponen kepada PH Plus dan merupakan sekutu rapat kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) di Sabah.
Terdahulu, Madius dalam kenyataan yang sama turut menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kabinet bayangan dalam tempoh seminggu ini sebagai polisi PH Plus menghasilkan polisi menghadapi cabaran ekonomi dan pandemik COVID-19.
"Mohon pengerusikan kabinet bayangan PH Plus selewat-lewatnya pada Rabu hadapan dan menggunakan aplikasi Zoom,"katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Jan 13 2021
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
SESB ke arah guna meter pintar - Madius
Pihak SESB membuka tender mempelawa syarikat-syarikat berkelayakan menjayakan inisiatif berkenaan.
Kerajaan perlu terbitkan Kertas Hijau, biar masyarakat terlibat dalam Akta Penggal Tetap Parlimen
Ahli Parlimen Tuaran, Wildfred Madius Tangau melihat ia penting untuk mengelak lebih banyak maklumat tidak tepat tentang FTPA
SESB tidak punya kuasa naik, luluskan tarif elektrik di Sabah - Pengerusi
Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata syarikat itu tidak mempunyai kuasa untuk menaik atau meluluskan tarif elektrik di negeri itu.
Kurangkan gangguan elektrik, SESB sasar turunkan SAIDI hingga 100 minit
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyasarkan untuk menurunkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) hingga 100 minit menjelang 2030.
SESB perlu punya keupayaan jana sendiri keperluan elektrik di Sabah - Madius
SESB hanya mampu menjana dan memiliki 20 peratus daripada keperluan beban asas tenaga elektrik manakala bakinya dijana oleh penjana tenaga bebas (IPP) sebelum dijual kepada syarikat itu.
SESB berusaha bersama semua pihak selesai masalah elektrik Sabah - Pengerusi
Masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak.
PRU15: Maximus Ongkili bertanding di Tuaran? 'Kita bersedia' - Wilfred Madius
Penyandang kerusi Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja yang akan diletakkan di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: UPKO akur terima lima kerusi, Madius kekal di Parlimen Tuaran
Keputusan dicapai selepas melalui proses perbincangan yang panjang dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan.
PRU15: Sudah tiba masanya PM dari sebuah parti berbilang kaum - UPKO
Sudah tiba masanya Malaysia dipimpin oleh seorang pemimpin daripada sebuah parti yang berbilang bangsa seperti Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akta Antilompat Parti: Kerajaan negeri harus ada akta sama, ikut acuan sendiri - Wilfred Madius Tangau
Menurut Wilfred Madius Tangau, setiap negeri harus mempunyai akta tersebut dan diberi kuasa untuk menentukan rupa bentuk undang-undang itu di peringkat negeri.