KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan sejak Mei lepas berhubung dakwaan kes salah laku dan penyelewengan kewangan seperti yang dilaporkan dalam artikel 'Rahsia Mafia Korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long Peralat Penguatkuasa Terbongkar'.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini mengesahkan PDRM menerima laporan berhubung kes itu pada 25 Mei tahun lepas.
"Laporan itu menyatakan wujud salah laku dan penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah RM30.7 juta dalam pengurusan syarikat Caely (M) Sdn Bhd (Anak Syarikat Milik Caely Holdings Berhad) dan susulan itu satu lagi laporan polis telah dibuat oleh polis pada 21 Sept tahun lepas," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh ejen dan Seksyen 201 kanun sama iaitu kesalahan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu bagi mengelakkan pesalah daripada hukuman.
Katanya kes telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 27 Feb lepas untuk arahan dan keputusan lanjut.
Beberapa hari lepas, sebuah portal tular menerusi media sosial menerbitkan artikel berhubung sekumpulan individu melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings dan sebuah syarikat lain.
Kemelut perebutan mengakibatkan kejatuhan harga saham malah ia mendakwa turut membabitkan agensi penguatkuasaan, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun ahli lembaga pengarah syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Beberapa hari lepas, sebuah portal tular menerusi media sosial menerbitkan artikel berhubung sekumpulan individu melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings dan sebuah syarikat lain. - Gambar hiasan

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

Musthafa Kamal yang hilang ketika umrah disahkan meninggal dunia di Makkah
Mereka sekeluarga reda dengan pemergian ayahnya itu setelah menerima pengesahan mengenainya daripada Kedutaan Malaysia pada Jumaat.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

'Sedia disiasat, ada dokumen satu beg saya bawa' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia disiasat dan akan menyerahkan segala dokumen berkaitan kenyataannya berhubung isu Pulau Pinang milik Kedah kepada polis.

Fisol Ketua Polis Kedah yang baharu
Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Kertas siasatan terhadap Tun M sudah lengkap - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

TPM Fadillah hadiri rumah terbuka PDRM
Ketibaan Fadillah di PULAPOL pada 12.43 tengah hari itu disambut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Pemilik akaun FB Nong Mazlan dibebas dengan jaminan polis
Noorsiah Saaduddin berkata ia berikutan polis masih belum menerima laporan analisis forensik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mazli dilantik Ketua Polis Terengganu yang baharu
Bekas Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Jauteh komited tambah baik infrastruktur kepolisan sempadan Sabah - Indonesia
Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu Datuk Jauteh Dikun komited dalam menambah baik pembangunan infrastruktur kepolisan di persempadanan Sabah-Indonesia menerusi peruntukan khas kerajaan Persekutuan.

UKM terima Anugerah Majikan Prihatin Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan CUEPACS 2023
UKM menerima Anugerah Majikan Prihatin Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan CUEPACS sempena Hari Pekerja 2023.

Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.

Batal festival 'shopping' raya: Tiga individu termasuk pengarah syarikat bergelar Datuk ditahan
Polis menahan reman tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bergelar Datuk berhubung jualan Aidilfitri Hooray x Fest Ray yang dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang makluman.