awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFS cuba wujudkan sistem data raya bekalan sayur tahun ini - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
06/05/2023
10:01 MYT
MAFS cuba wujudkan sistem data raya bekalan sayur tahun ini - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha gigih, cuba membangunkannya dalam tahun ini. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sedang berusaha mewujudkan satu sistem data raya bekalan sayur yang akan dapat memberikan maklumat mengenai situasai bekalan komoditi itu dalam negara pada masa sebenar dengan lebih tepat, kata menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh tepat bila sistem itu akan siap untuk dilaksanakan sepenuhnya, namun memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha gigih, cuba membangunkannya dalam tahun ini.
"Di negara China sistem data raya ini cukup memberi kesan (positif) dan kebaikan kepada masyarakat (di sana). Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan sebagainya (pihak lain) sedang berusaha menaik taraf sistem data raya ini," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Raja di Dewan MBSA Kota Kemuning, di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi sistem itu, pihaknya boleh mengetahui jenis tanaman sayuran yang perlu ditanam pada tempoh tertentu bagi mengelak kes lambakan sayur-sayuran sehingga menyebabkan harganya menurun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#data raya
#bekalan sayur
#Mohamad Sabu
#MAFS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan