awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"

Bernama
Bernama
01/02/2025
08:03 MYT
Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Yahaya berkata, mangsa menerima panggilan kononnya daripada pihak platform e-dagang yang memaklumkannya telah mengiklankan barangan menyalahi undang-undang.- Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak Shopee dan pegawai polis, bulan lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 20 tahun itu menerima panggilan telefon kononnya daripada pihak platform e-dagang tersebut yang memaklumkannya telah mengiklankan barangan menyalahi undang-undang, pada 23 Jan lepas.
Beliau berkata panggilan telefon mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai polis dan diberitahu turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
"Suspek meminta lelaki membuat pemindahan wang bagi mengelakkan ditangkap dan membersihkan rekod daripada kes jenayah. Mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM47,000 ke tiga akaun berbeza.
"Selain itu, mangsa turut menyerahkan barang kemas milik emaknya yang dianggarkan bernilai RM100,000 kepada seorang perempuan tidak dikenali berhampiran kawasan perumahannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa mula menyedari ditipu apabila ibunya mempersoalkan kehilangan barangan kemas miliknya serta kekurangan wang simpanan dalam akaun banknya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan sebarang dakwaan menerusi panggilan telefon individu tidak dikenali, sebaliknya semak dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahasiswa ditipu
#phone scam
#platform e-dagang
#Polis Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan