PUTRAJAYA: Mahasiswa Universiti Malaya (UM) Mifzal Salihin mencipta kejayaan membanggakan apabila merangkul Anugerah Menteri Pengajian Tinggi sekali gus dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan sempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) malam ini.
Mifzal, 22, pelajar tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, terpilih merangkul anugerah itu hasil penglibatan cemerlang dalam bidang keusahawanan yang memberi manfaat kepada rakan universiti.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mifzal berkata beliau telah mewujudkan kelas tutor secara dalam talian iaitu AfterKelas.com sejak tiga tahun lepas dan sehingga kini, melibatkan penyertaan antara 40 dan 50 mahasiswa UM.
"Mereka ini adalah tutor aktif yang mengajar subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Boleh dianggarkan pendapatan bulanan mereka antara RM1,000 dan RM1,500," katanya.
Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu turut berkongsi cita-cita beliau untuk bergelar usahawan berjaya apabila tamat pengajian.
Mifzal membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta trofi utama, biasiswa dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Terdahulu, ketika ucapan perasmian, Mohamed Khaled berkata anugerah Tokoh Siswa KPT merupakan platform bagi menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan mahasiswa dalam pelbagai bidang merangkumi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
"Kita mahu mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah mempamerkan kecemerlangan kepimpinan melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai lapangan pembangunan insaniah,"katanya.
Beliau berkata tanggungjawab KPT adalah selaras dengan hasrat memastikan setiap mahasiswa mendapat pendidikan terbaik daripada tenaga pengajar yang berkualiti.
Katanya pada masa sama, KPT berperanan memberikan segala ruang dan peluang untuk mahasiswa mendapatkan pengalaman hidup yang diperlukan dalam meniti kedewasaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Mifzal, 22, pelajar tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, terpilih merangkul anugerah itu hasil penglibatan cemerlang dalam bidang keusahawanan yang memberi manfaat kepada rakan universiti. - Foto Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.
Terengganu bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion
Kerajaan Negeri Terengganu hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.887 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus.
Sertai bidang TVET, pilihan tepat buat 'Mowgli' Malaysia
Muhammad Syukur yakin peluang keemasan dapat diperoleh dengan kemahiran TVET yang dimilikinya.
Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
50 PMKS bakal diiktiraf dalam Anugerah Enterprise 50 malam ini
Pencapaian 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia bakal diiktiraf dan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Enterprise 50 (E50) bagi tahun 2024 pada malam ini.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Bekas jurutera manfaatkan teknologi ceburi bidang pertanian
Anak jati Mersing ini memilih pisang sebagai tanaman utamanya memandangkan permintaan domestik yang tinggi dan harga yang lebih stabil.
Para SUKMA Sarawak 2024: Selangor sasar 29 pingat emas, tempat ketiga keseluruhan
Kontinjen Selangor menyasarkan 29 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 pada 22 hingga 28 Sept ini.
SSM terima 591 aduan syarikat berkaitan penipuan pelaburan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 591 aduan berkaitan syarikat yang menawarkan pelaburan secara penipuan dan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, dari tempoh 2022 hingga Julai lepas.