awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa UM mula 'occupy' kampus tanda sokong Fahmi Zainol

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2014
14:05 MYT
Mahasiswa UM mula 'occupy' kampus tanda sokong Fahmi Zainol
-Facebook Fahmi Zainol
fahmi
fahmi
(Sumber: FB Fahmi Zainol)
Beberapa mahasiswa Universiti Malaya dilihat mula 'berkhemah' di kampus itu sejak petang tadi bagi menunjukkan perasaan tidak setuju mereka terhadap hukuman yang diberi kepada lapan pelajar yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram pada Oktober lepas. Antara yang menerima hukuman itu adalah Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol yang digantung pengajian dua semester. Fahmi turut dikenakan denda RM600.00 bagi empat pertuduhan keatasnya. "Kawan-kawan Universiti Malaya sedang " occupy" kawasan hadapan Universiti Malaya, menuntut supaya hukuman kepada mahasiswa UM digugurkan. Semua masyarakat turut dijemput memenuhi kawasan hadapan UM," Fahmi menulis di halaman Facebooknya.
fahmi
fahmi
(Sumber: FB Fahmi Zainol)
UM, mendapati tujuh daripada lapan pelajarnya yang terlibat di dalam penganjuran pidato "40 Tahun: Dari UM ke Penjara" Oktober lalu, bersalah, dan telah memberi amaran keras serta mengenakan hukuman menggantung pengajian dan denda ke atas mereka.
Antara pelajar yang digantung pengajian selama dua semester termasuk Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin yang dikenakan denda RM300 bagi dua pertuduhan.
Fahmi sebelum itu dikenakan sembilan pertuduhan termasuk menganjurkan perhimpunan haram, menghadiri perhimpunan haram dan mengingkari arahan universiti.
UM, di dalam satu kenyataan rasmi, menyatakan bahawa keputusan terhadap pelajar-pelajar itu adalah menurut pertuduhan mengikut Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999.
Topic Berkaitan
#Fahmi Zainol
#Khemah
#UM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan