awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB laksanakan proses 'uji dan lepas' program VTL udara mulai 16 Mac

Bernama
Bernama
15/03/2022
10:12 MYT
MAHB laksanakan proses 'uji dan lepas' program VTL udara mulai 16 Mac
Menerusi langkah penambahbaikan itu, penumpang terbabit tidak lagi perlu menunggu keputusan saringan RT-PCR COVID-19 mereka di lapangan terbang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses 'uji dan lepas' penumpang yang tiba di bawah kemudahan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara, bermula esok.
Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, menerusi langkah penambahbaikan itu, penumpang terbabit tidak lagi perlu menunggu keputusan saringan RT-PCR COVID-19 mereka di lapangan terbang.
"Mereka sebaliknya boleh beredar segera dengan menggunakan khidmat pengangkutan persendirian, teksi atau kereta sewa dari lapangan terbang ke lokasi penginapan yang telah diisytiharkan dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) MySejahtera, sejurus mendapat pelepasan imigresen.
"Ini akan memberi lebih banyak fleksibiliti dan keselesaan kepada pengembara VTL sementara menunggu keputusan ujian masing-masing yang diperoleh dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebaik saja keputusan itu negatif, status HSO dalam MySejahtera itu akan diubah oleh pihak berkuasa, kata pengendali lapangan terbang itu.
Menurut MAHB, selain membolehkan para penumpang menikmati proses pelepasan di lapangan terbang dengan lebih pantas, langkah terbaharu itu juga dijangka dapat meminimumkan kesesakan di pintu masuk berkenaan susulan pelaksanaan pelbagai program VTL udara.
VTL udara bagi Kemboja dan Thailand bermula pada hari ini manakala program sama bagi Singapura akan diperluaskan dengan meliputi destinasi baharu Pulau Pinang bermula esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VTL
#MAHB
#rT-PCR
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan