KUALA LUMPUR: Selain mengikut ketetapan syarat menunaikan umrah, antara persediaan yang perlu dibuat oleh bakal jemaah adalah memahirkan diri dengan penggunaan telefon pintar.
Ia kerana, jelas Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, hampir setiap pergerakan di Mekah memerlukan penggunaan aplikasi untuk mendaftar masuk di setiap lokasi.
“Kali ini banyak aktiviti di sana memerlukan penggunaan aplikasi; paling tidak pun para jemaah mesti ada peranti telefon pintar sendiri.
“Dari segi penggunaannya, mungkin perlu dirujuk kepada orang yang lebih muda sekiranya tidak tahu menggunakan telefon.
“Ini kerana, contohnya aktiviti tawaf, solat lima waktu di masjid, semua perlu tunjuk permit dan kad vaksinasi pada telefon masing-masing.
“Itu yang perlu kita tahu dan terima dulu sebelum kita membayar (caj umrah) dan meneruskan perjalanan,” jelasnya menerusi program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu beliau mengingatkan orang ramai supaya memilih ejen pelancongan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berwajib.
“Memang ada banyak ejen pelancongan, ada ribuan daripada mereka tetapi yang melesenkan umrah tidak terlalu banyak.
“Jadi pilihlah yang ada lesen, kemudian kita perlu tengok kepada penerbangan yang terus, kerana travel bubble (gelembung perjalanan) ini tidak boleh ada penerbangan transit di mana-mana,” ujar beliau lagi.
Bagaimanapun, menasihati orang ramai agar tangguh dahulu ibadah menunaikan umrah jika tidak bersedia dan tidak mahu berdepan dengan syarat penetapan SOP yang ketat kerana ia akan pasti dilonggarkan dalam masa mendatang.
“Kalau kita rasa tidak bersedia atas apa jua sebab, lebih baik kita tunggu dulu sekejap dan tengok keadaan, saya yakin keadaan akan semakin bertambah baik.
“Cuma yang bagusnya pergi awal ini, jemaah tidak ramai lagi, agak lapang sedikit tempat untuk kita bertawaf yang bagusnya orang tidak ramai.
“Tetapi tidak bagusnya mungkin ada peraturan-peraturan ketat yang perlu kita patuhi,” ujar Ahmad Ruzman lagi.
Faris Danial Razi
Wed Oct 20 2021
Hampir setiap pergerakan di Mekah memerlukan penggunaan aplikasi telefon bimbit untuk mendaftar masuk di setiap lokasi. -Twitter/Haramain Sharifain
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Mekah
Tindakan diambil bagi memastikan dia tidak terbeban dengan hutang sepanjang misi jelajahnya ke Tanah Suci itu.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan
Bella juga memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya serta meminta urusannya dipermudahkan.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik
Difahamkan bahawa EV ini telah diperkenalkan sejak permulaan bulan Ramadan dan beroperasi di bahagian bumbung Masjidil Haram.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.