awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB

Bernama
Bernama
07/11/2024
08:15 MYT
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Kerajaan Malaysia mendakwa wang terbabit berasal daripada dana 1MDB dalam satu usaha sama dengan PSI bagi menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd pada 2010. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan AS$340 juta (RM1.61 bilion) dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disimpan dalam akaun pelanggan di firma guaman di United Kingdom (UK).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu semasa prosiding mahkamah hari ini, yang dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, peguam PSI Alex Tan dan peguam Obaid Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Perintah itu adalah bagi mengekalkan status quo pihak terbabit sehingga pelupusan permohonan kerajaan bagi mendapatkan perintah menghalang sebarang urusan membabitkan wang milik PSI dan anak syarikatnya PSOS-VZ, yang kini berada dalam akaun tersebut.
Kerajaan Malaysia mendakwa wang terbabit berasal daripada dana 1MDB dalam satu usaha sama dengan PSI bagi menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd pada 2010.
Permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada Ogos tahun ini, media antarabangsa melaporkan Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland mensabitkan kesalahan Obaid atas penyelewengan US$1.8 bilion daripada 1MDB dan dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#PetroSaudi
#permohonan kerajaan
#Tarek Obaid
#guna dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan