KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Datin Seri Rosmah Mansor berikutan percanggahan dalam keterangannya dalam perbicaraan kes projek solar hibrid yang sedang berjalan dan pernyataan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan pernyataan Rosmah yang direkodkan di bawah Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) digunakan untuk menyoal Rosmah mengenai keterangannya yang tidak konsisten dalam perbicaraan kes rasuah yang sedang dijalankan.
"Saya berpendapat bahawa pernyataan itu boleh diterima masuk berdasarkan Seksyen 40 AMLATFAPUAA dan dengan itu pihak pendakwaan boleh meneruskan usahanya untuk mencabar kredibiliti tertuduh.
"Saya bagaimanapun percaya bahawa peruntukan untuk mencabar kredibiliti dijalankan di bawah Seksyen 145 dan 155 Akta Keterangan 1950, dan bukannya Seksyen 72 Akta AMLA, kerana ia berkaitan dengan perbicaraan suatu kesalahan di bawah Akta, yang tidak dijalankan di sini," kata hakim itu.
Hakim Mohamed Zaini juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menyoal balas karektor isteri bekas perdana menteri itu atas pertuduhan yang dihadapinya di bawah AMLA berhubung penyata bank yang didakwa dibuat oleh Roslan Sohari ke dalam akaunnya.
"Saya berpuas hati pihak pendakwaan telah memenuhi syarat-syarat di bawah Seksyen 54(2)(b) Akta Keterangan 1950. Bagaimanapun, saya tidak akan membenarkan sebarang persoalan ditanya mengenai fakta berkaitan kes AMLA yang dihadapi tertuduh, kecuali dia telah didakwa di bawah akta itu.
Rosmah menghadapi 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM7 juta serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kes itu juga didengar di hadapan Hakim Mohamed Zaini yang dijadual bermula selepas perbicaraan kes rasuah selesai.
Terdahulu, ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon kepada mahkamah untuk mencabar kredibiliti Rosmah dan menyoal balas beliau berhubung karektornya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi memberi keterangan dalam prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya. - Foto BERNAMA
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Niaga AWANI: Nestle Malaysia naikkan harga 22 produknya mulai 1 Julai 2024 hingga 6 peratus
Nestle (Malaysia) Bhd dijadual menaikkan harga bagi 22 produknya mulai 1 Julai, menurut Gabungan Persatuan Peniaga Barangan Pelbagai Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MyIPO mempelopori projek Agriculture 4.0
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengumumkan bahawa MyIPO telah dipilih oleh World Intellectural Property Organisation (WIPO) sebagai salah satu negara di Asian Tenggara (ASEAN) untuk mempelopori projek Agriculture 4.0.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar 29 Mei
Permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon, terhadapnya akan didengar pada 29 Mei.
Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac ini
Ia berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah dakwa pertuduhan pengubahan wang haram bertindih, tidak dapat perbicaraan adil
Rosmah berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.
Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak halang pendakwaan terhadap Rosmah - Pendakwaan
Tiada peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 menghalang pendakwaan terhadap Rosmah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.