awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah benarkan AES di Lebuhraya Plus, SKVE

Bernama
Bernama
21/02/2013
04:30 MYT
Mahkamah benarkan AES di Lebuhraya Plus, SKVE
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Hakim Datuk Zaleha Yusuf turut membenarkan syarikat pengendali kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera AES di dua lebuh raya itu.
Hakim Zaleha berkata Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
Pada 19 Dis tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Beta Tegap bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan MP Sepang yang difailkan 12 Dis lepas.
Dalam permohonan itu, Beta Tegap mendakwa MP Sepang, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov tahun lepas, memutuskan syarikat berkenaan perlu memohon kebenaran untuk memasang tiang dan kamera AES di Kilometer 301.7 Lebuhraya Utara Selatan dan Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan, kedua-duanya di Dengkil, Sepang.
Topic Berkaitan
#AES
#Majlis Perbandaran Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan