MALAYSIA
Mahkamah benarkan SPRM pinda notis usul beku aset luar negara keluarga Daim

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan SPRM untuk meminda notis usul berhubung permohonan membekukan aset bernilai 132 juta pound di UK. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminda notis usul berhubung permohonan membekukan aset bernilai 132 juta pound di London, United Kingdom (UK) yang didakwa milik isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, serta keluarganya.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan SPRM untuk meminda notis usul pembekuan aset bernilai 132 juta pound milik Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan keluarganya di London, termasuk hartanah mewah dan akaun bank.
- Pindaan melibatkan penambahan butiran alamat, nombor hak milik, tarikh dan nilai pembelian aset; enam syarikat termasuk The Ilham Foundation memohon menjadi pencelah, namun dibantah oleh pihak pendakwaan.
- SPRM membuka lapan kertas siasatan berdasarkan maklumat baharu dari agensi luar, menunjukkan aset yang tidak diisytiharkan semasa siasatan pada 2023.
"Permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) adalah bagi meminda notis usul bertarikh 30 Mei 2025, iaitu dengan menambah butiran alamat penuh serta nombor hak milik mengikut format pihak berkuasa di UK, dan meminda butiran tarikh serta nilai pembelian ke atas harta-harta tidak alih yang dinyatakan dalam notis tersebut," katanya.
Sementara itu, peguam Syed Afiq Syed Albakri yang mewakili Na'imah berkata enam syarikat termasuk The Ilham Foundation memohon untuk menjadi pencelah dalam permohonan SPRM bagi membekukan aset-aset terbabit, namun Maziah membantah permohonan tersebut.
Hakim Azhar kemudian mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit balasan bagi permohonan mencelah itu pada 25 Julai, manakala enam syarikat terbabit perlu memfailkan afidavit balasan selewat-lewatnya pada 6 Ogos.
Mahkamah turut menetapkan tarikh pengurusan kes seterusnya pada 8 Ogos ini.
Pada 22 Mei lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lapan kertas siasatan dibuka berdasarkan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar berkaitan harta pemilikan Daim serta keluarga dan proksi.
Azam berkata maklumat terbaharu itu menunjukkan pemilikan aset Daim, keluarga dan sekutunya tidak diisytiharkan kepada SPRM semasa siasatan pada 2023.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami