PUTRAJAYA: Mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah pengisytiharan yang dimohon Datin Seri Rosmah Mansor supaya membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, Rosmah hanya boleh merayu bagi tiga jenis keputusan oleh mahkamah jenayah sama ada untuk membatalkan pertuduhan jenayah atas alasan tidak berasas, membebaskan atau mensabitkan tertuduh yang menghadapi pertuduhan jenayah.
"Mahkamah jenayah tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan pengisytiharan seperti mahkamah sivil. Mahkamah jenayah tidak boleh memberikan pengisytiharan dan perayu (Rosmah) sepatutnya memfailkan semakan kehakiman di mahkamah sivil untuk pengisytiharan sedemikian," katanya di hadapan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk M.Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.
Sri Ram berhujah demikian dalam bantahan awal terhadap rayuan Rosmah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan rasuah yang dihadapinya dan menggugurkan Sri Ram daripada menjadi pendakwa utama dalam kes itu.
Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berkata isu sama ada mahkamah jenayah boleh mendengar perintah pengisytiharan dibangkitkan responden (pendakwa raya) buat pertama kali dan Sri Ram menjawab isu itu boleh dikemukakan pada bila-bila masa.
Sri Ram berkata, beliau bersedia untuk berhujah berhubung perkara itu dengan mengemukakan hujahan bertulis dan Jagjit juga tidak ada bantahan mengenainya.
Hakim Hanipah kemudian memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis selewat-lewatnya pada 22 Nov ini memandangkan perkara yang dibangkitkan oleh Sri Ram agak penting dan akan memberi implikasi terhadap merit rayuan Rosmah.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan beliau dalam usaha untuk dibebaskan daripada tiga pertuduhan dan menggugurkan Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes itu.
Rosmah menghadapi pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga hibrid solar kepada 369 sekolah di luar bandar Sarawak.
Pada 4 Okt lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya sementara rayuan itu diputuskan.
Susulan keputusan tersebut, Rosmah, 69, telah memberi keterangan membela diri pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi pada 5 Okt. Perbicaraan akan bersambung pada 8 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Gopal Sri Ram berkata, Rosmah hanya boleh merayu bagi 3 jenis keputusan oleh mahkamah jenayah sama ada membatalkan pertuduhan jenayah atas alasan tidak berasas, membebaskan atau mensabitkan tertuduh yang menghadapi pertuduhan jenayah. - Bernama
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan sivil - SFC
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan Tun Daim Zainuddin dan isterinya untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah.
Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis - Azalina
Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa akan dibicarakan di Mahkamah Madrid pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan final award kepada Kumpulan Sulu.
Mahkamah jenayah tiada bidang kuasa batal perbicaraan kes rasuah Rosmah - Pendakwaan
"Mahkamah jenayah tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan pengisytiharan seperti mahkamah sivil."
Di bawah Statut Rom, ICC pilihan terakhir selepas sistem perundangan negara
Libatkan empat jenayah serius iaitu - pembunuhan beramai-ramai; jenayah perang, jenayah kemanusiaan, dan jenayah pencerobohan.