awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar

Bernama
Bernama
07/03/2025
13:15 MYT
Mahkamah kekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin menolak rayuan difailkan empat lelaki itu, yang memohon pengurangan hukuman.- Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara ini, lima tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin menolak rayuan difailkan empat lelaki itu, yang memohon pengurangan hukuman.
Hakim Ahmad Zaidi berkata rayuan berkenaan tiada merit dan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun adalah tidak berlebihan.
Keempat-empat lelaki itu, Nurman Sawyounur, Dilwar, Noor Kalam Soyut Alam dan Hairutullah Arta Huson yang masing-masing berusia antara 26 hingga 38 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan menyeludup masuk migran.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Nyior Chabang, Bohor, Langkawi, Kedah pada 3 pagi, 21 Julai 2020.
Mereka yang tidak diwakili peguam, merayu untuk pengurangan hukuman penjara dengan alasan bertanggungjawab menjaga keluarga.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari berhujah bahawa hukuman penjara berkenaan adalah setimpal.
Beliau bekata kesemua lelaki itu merupakan sebahagian daripada sindiket yang terlibat menyeludup migran etnik Rohingya ke Malaysia melalui Langkawi.
Keempat-empat lelaki itu adalah sebahagian daripada sekumpulan tujuh individu yang didakwa atas kesalahan berkenaan.
Warga Thailand, Teemah Ong-Sara telah meninggal dunia manakala seorang remaja bawah umur yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun tidak membuat rayuan.
Sementara itu, rakyat Malaysia, Zuhapizan Bahador mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#hukuman penjara
#remaja bawah umur
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan