MALAYSIA
Mahkamah keluar perintah interim halang kenyataan berhubung kes kematian Syamsul Haris

Mahkamah Tinggi keluar perintah interim melarang Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian pelatih Palapes UTM, Syamsul Haris Shamsudin (foto). -Gambar fail
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan perintah interim melarang Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Syamsul Haris Shamsudin.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi keluar perintah interim melarang Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kes kematian pelatih Palapes UTM, Syamsul Haris Shamsudin.
- Perintah dibuat susulan permohonan ibu mangsa sementara menunggu keputusan siasatan polis dan bedah siasat kedua.
- Kes kini di bawah siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, dengan pengurusan kes ditetapkan pada 26 September.
Sebelum ini, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, melalui peguam Datuk Naran Singh, memohon perintah larangan supaya kedua-dua responden tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau penerbitan di media sementara menunggu keputusan penuh siasatan polis dan bedah siasat kedua anaknya.
Media sebelum ini melaporkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini mengambil alih sepenuhnya siasatan kes kematian pelatih Palapes UTM Skudai itu selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos lepas membenarkan permohonan keluarga Allahyarham untuk menggali semula kubur serta menjalankan bedah siasat kedua.
Syamsul Haris, 22, meninggal dunia pada 28 Julai lepas di Hospital Kota Tinggi, Johor ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, Ulu Tiram dan dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami