SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan dua badan bukan kerajaan (NGO) untuk melanjutkan penggantungan sementara tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah di sini.
Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dan Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) berkata Hakim Shahnaz Sulaiman memutuskan demikian pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.
"Mahkamah telah melanjutkan perintah penggantungan sementara itu sehingga pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang ditetapkan pada 19 Oktober ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 3 Ogos lepas, PEKA dan SACF memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling sebagai responden.
Sementara itu, Rajesh berkata mahkamah juga membenarkan permohonan Restu Mantap Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menjadi pencelah dalam kes itu bersama-sama YCH Development yang telah menjadi pencelah.
Pada 11 Ogos lepas, mahkamah membenarkan permohonan dua NGO itu untuk menggantung sementara tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu sehingga hari ini.
Kedua-dua NGO itu mencabar keputusan responden atas alasan, kesemua pihak terbabit tidak rasional membenarkan pembangunan di atas tanah seluas 406.22 hektar itu melalui pelaksanaan keputusan yang telah dibuat 22 tahun lepas selain menyifatkannya sebagai 'lapuk.'
Mereka juga memohon pengisytiharan mengenai keperluan untuk mengadakan siasatan awam berkaitan pembangunan hutan simpan itu seperti yang termaktub di bawah Seksyen 11 dan 12 Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Hakim Shahnaz Sulaiman memutuskan demikian pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian. - Gambar hiasan
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) menggariskan empat keutamaan strategik masa hadapan seiring 50 tahun penubuhannya.
PM Anwar harap pembangunan Kampung Chengal Lempong bawa manfaat kepada masyarakat
Anwar harap segala perancangan pembangunan bagi Kampung Chengal Lempong di Kuantan, Pahang melalui peruntukan yang diluluskan akan membawa perubahan positif.
Sarawak perlu lebih RM100 bilion untuk pelbagai pembangunan dalam RMK13 - Abang Johari
Sejumlah RM7.89 bilion diperlukan bagi pembinaan fasiliti kesihatan baharu, menaik taraf dan membaik pulih serta menyelenggara fasiliti kesihatan.
'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.
Penganalisis ramal Malaysia bakal menjadi hab pusat data terbesar di ASEAN
Kira-kira 2 GW inventori sedang dalam pembinaan dan komited, sebahagian besarnya di Johor, dengan hampir 3 GW dalam peringkat pembangunan.
Guna pakar tempatan untuk bangunkan pelan pendidikan tinggi negara
Kepakaran tempatan yang dimiliki IPTA dan IPTS lebih memahami keperluan terhadap model pembangunan pendidikan tinggi yang diperlukan negara.
Premier Sarawak rasa senang bekerjasama dengan Perdana Menteri
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan beliau berasa amat senang untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, melaporkan pendekatan Singapura membangunkan sumber tanah dengan hemat.
Peruntukan lebih RM8 juta bagi pembangunan tanah terbiar di Kelantan tahun ini
Projek itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Naratif tidak benar pembangunan Kampung Sungai Baru perlu diperbetul - Zaliha
Naratif tidak benar sesetengah pihak berhubung isu pembangunan Kampung Sungai Baru di Kampung Baru perlu diperbetulkan bagi memastikan tidak bercanggah dengan fakta sebenar.