NATIONAL
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah

Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
NARATHIWAT : Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Ringkasan AI
- Mahkamah Narathiwat menolak ikat jamin bagi enam warga Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan kerana kes dadah.
- Semua suspek ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari sementara menunggu tarikh pendakwaan.
- Kes melibatkan 6,000 pil "pil kuda" yang ditemui di hotel dan dihantar ke makmal untuk ujian DNA.
Kesemua dadah yang ditemukan di bilik hotel telah dihantar ke makmal Pusat Forensik di Yala untuk ujian DNA bagi mengenal pasti jenis dadah serta pemiliknya, sebelum diserahkan kepada kepada pendakwa raya untuk menentukan tarikh pendakwaan di mahkamah, katanya.
Menurut Hafit, semua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari atau kira-kira tiga bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan.
Pada Jumaat lepas, enam suspek warga Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok sekitar jam 5 pagi, atas kesalahan memiliki dadah.
Hasil siasatan polis mendapati suspek-suspek disyaki memiliki 6,000 biji pil jenis "pil kuda” dan turut melakukan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami