KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat.
Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000.
Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu.
Kenyataan tuntutan PKR mengatakan bahawa Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.
Hakim Akhtar yang menyampaikan keputusan itu melalui prosiding secara dalam talian, berkata hujah Zuraida bahawa beliau menandatangani bon itu dalam keadaan dures atau paksaan adalah tidak berasas.
"Bukti menunjukkan beliau menandatangani bon itu dengan pengetahuan penuh mengenai kandungannya dan menandatanganinya secara sukarela yang beliau mahu bertanding dalam pilihan raya itu atas tiket PKR," katanya.
Hakim seterusnya berkata, dakwaan Zuraida bahawa jumlah RM10 juta itu tidak seimbang dengan jumlah yang dibelanjakan untuk pencalonan tersebut, adalah tidak berasas dan merupakan tindakan selepas pemikiran semula.
"Ini kerana defendan (Zuraida) sendiri telah mengakui bahawa plaintif telah membelanjakan jumlah melebihi RM10 juta untuk pencalonan itu.
"Ini adalah pengakuan yang jelas di pihak defendan bahawa dia tidak boleh tarik balik.
"Mahkamah selanjutnya memutuskan RM10 juta itu adalah jumlah yang munasabah kerana bon itu adalah untuk menghalang ahli terutamanya calon yang dipilih, bertindak bertentangan dengan kepentingan parti pada masa pilihan raya," katanya.
Hakim Akhtar selanjutnya berkata plaintif (PKR) telah mengemukakan bukti yang cukup mengenai penamatan keahlian defendan oleh Jawatankuasa Pusat plaintif.
Beliau juga berkata jumlah RM10 juta itu bukan keterlaluan tetapi munasabah sebagai pencegahan bagi mengelak ahli parti bertindak bertentangan dengan kepentingan parti.
"Jumlah yang rendah tidak dapat bertindak sebagai pencegahan," kata hakim.
Hakim Akhtar berkata mahkamah mengambil maklum defendan telah berjanji untuk membayar RM10 juta sekiranya keahlian beliau ditamatkan.
"Mahkamah mendapati bon itu adalah perjanjian sah yang mengikat defendan untuk membayar RM10 juta seperti yang dijanjikan sekiranya keahlian beliau ditamatkan," katanya sambil menambah reputasi keahlian defendan adalah disebabkan oleh salah laku defendan sendiri.
Justeru, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif sebanyak RM10 juta terhadap defendan dengan kos RM50,000 dibayar oleh defendan kepada plaintif, kata hakim.
Zuraida diwakili peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid manakala PKR diwakili peguam Navpreet Singh.
Sementara itu, Muhammad Nizamuddin memberitahu Bernama mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Mahkamah perintah Zuraida Kamaruddin bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida diperintah bayar RM10 juta kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.