PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 34 tahun untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya keluar daripada agama Islam.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim dengan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak permohonan itu manakala Mary Lim Thiam Suan membenarkannya.
"Permohonan ini tidak melepasi syarat yang diperlukan untuk memperoleh kebenaran di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman. Justeru, permohonan ini ditolak tanpa kos," kata Hasnah.
Terdahulu, peguam Fahri Azzat yang mewakili wanita itu berhujah bahawa anak guamnya ingin meninggalkan agama Islam untuk berkahwin.
"Kes dalam undang-undang sedia ada adalah berbeza. Ia agak kelam-kabut buat masa ini. Kebenaran harus diberikan untuk membolehkan Mahkamah Persekutuan mengesahkan atau membetulkan keadaan," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili kerajaan dan tiga lagi, berkata orang Islam perlu ke Mahkamah Syariah untuk keluar daripada agama Islam kerana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa sedemikian.
Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan wanita itu atas alasan hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu pembatalan agama di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Wanita itu, yang dilahirkan dalam keluarga bapa seorang mualaf dan ibu beragama Islam, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Jun 2023 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah.
Dalam permohonannya yang difailkan pada 4 Mac 2022, wanita itu menamakan Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Wanita itu memohon sekurang-kurangnya 12 perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa beliau bukan lagi seorang Islam serta berhak menganut dan mengamalkan agamanya iaitu Konfusianisme dan Buddhisme.
Beliau turut memohon deklarasi Mahkamah Tinggi Sivil bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah yang menolak permohonannya untuk diisytihar sebagai murtad adalah tidak sah, menyalahi undang-undang serta batal.
Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak permohonan wanita itu untuk diisytihar sebagai bukan Islam dan memerintahkan beliau agar melalui sesi 'istitabah' atau bertaubat dan mengikuti kelas agama Islam serta kaunseling akidag selanjutnya.
Beliau kemudian merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 8 Dis 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan seorang wanita berusia 34 tahun untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya keluar daripada agama Islam. - BERNAMA
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Buruh Indonesia bunuh kekasih terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasih.