awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan kurangkan separuh tempoh penjara bekas kerani Sheila Majid

Bernama
Bernama
19/10/2017
23:22 MYT
Mahkamah Rayuan kurangkan separuh tempoh penjara bekas kerani Sheila Majid
Tempoh hukuman penjara bekas kerani sebuah syarikat produksi hiburan milik penyanyi Datuk Sheila Majid yang disabitkan kesalahan melakukan pecah amanah, dikurangkan separuh oleh Mahkamah Rayuan hari ini. -Gambar fail
Tempoh hukuman penjara bekas kerani sebuah syarikat produksi hiburan milik penyanyi Datuk Sheila Majid yang disabitkan kesalahan melakukan pecah amanah, dikurangkan separuh oleh Mahkamah Rayuan pada Khamis.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Ahmadi Asnawi mengurangkan tempoh penjara Nasimah Kamarudin daripada tujuh tahun kepada empat tahun.
Mahkamah turut mengetepikan hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun jika gagal membayar denda itu yang dikenakan terhadap Nasimah oleh Mahkamah Tinggi. Nasimah perlu menjalani hukuman penjara setahun tersebut susulan gagal membayar denda itu.
Wanita itu bagaimanapun gagal dalam rayuannya terhadap sabitan atas pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM90,000 di Magada Entertainment Sdn Bhd di Jalan Balau, Damansara Heights, Kuala Lumpur antara 1 Nov 2007 dan 28 Mac 2008.
Nasimah dilihat menangis ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah.
Semasa menolak rayuan wanita itu berhubung sabitannya, Hakim Tengku Maimun yang mempengerusikan panel itu berkata panel mendapati tiada alasan kukuh untuk mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi berhubung sabitannya.
Beliau bagaimanapun membenarkan rayuan Nasimah berhubung tempoh penjara dengan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi untuk dia menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.
Menurut pertuduhan itu, Nasimah, seorang ibu tunggal dua anak, diamanahkan untuk menguruskan buku cek Maybank milik syarikat dan dia telah mengeluarkan lima keping cek tunai atas namanya dan mendepositkan lapan keping cek ke dalam akaun banknya.
Nasimah, 41, didapati bersalah bagi pertuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada 29 Julai tahun lepas.
Dia kemudiannya merayu ke Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwa raya mengemukakan rayuan balas terhadap tempoh hukuman penjara.
Mahkamah Tinggi pada 20 Mac tahun ini membenarkan rayuan pihak pendakwa raya bagi hukuman lebih berat dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM50,000 ke atas Nasimah yang mendorongnya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Nasimah diwakili peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani
#mahkamah
#Mahkamah Rayuan
#pecah amanah
#penjara
#sheila majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan