PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan seorang wanita berusia 23 tahun yang lahir dan ditinggalkan di hospital swasta sebelum diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa warga Malaysia, berhak mendapat kerakyatan Malaysia.
Hakim Datuk S. Nantha Balan yang membacakan keputusan majoriti itu berkata wanita tersebut berhak menjadi warganegara Malaysia mengikut undang-undang, berdasarkan kelahirannya dalam persekutuan Malaysia, menurut Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata mahkamah juga memberikan perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia yang mengeluarkan dan menandatangani sijil kelahiran wanita itu sebagai bukan warganegara.
Mahkamah turut memberikan perintah mandamus yang dimohon oleh wanita itu mengarahkan responden (Pendaftar Besar bagi Kelahiran dan Kematian Malaysia) untuk mengeluarkan semula sijil kelahiran dan mendaftarkan wanita itu sebagai warganegara.
"Fakta menunjukkan bahawa wanita itu ditinggalkan. Kami tidak mengambil kira bahawa pembayaran dibuat kepada perantara yang tidak dikenali, mengurangkan fakta bahawa bayi ditinggalkan ibu bapa kandungnya.
"...kami mendapati wanita tersebut telah ditinggalkan dan oleh itu layak mendapat kerakyatan.
"Dengan itu, kami dengan keputusan majoriti, mendapati merit dalam rayuan itu. Rayuan dibenarkan dan keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan," katanya ketika menyampaikan keputusan yang dipersetujui Datuk Seri Kamaludin Md Said yang mengetuai panel tiga hakim.
Nantha Balan berkata Mahkamah Rayuan terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada November 2021 dalam kes serupa membabitkan seorang kanak-kanak yang ditinggalkan semasa dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur, yang kemudiannya turut diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa warga Malaysia.
Selain wanita itu, dua lagi perayu adalah ibu bapa angkatnya berusia 70 dan 69 tahun.
Hakim Datuk Azizah Nawawi, dalam penghakiman bertentangan berkata, isu ditinggalkan tidak dibangkitkan dalam afidavit, oleh itu responden tidak perlu menjelaskan isu itu.
Beliau berkata ibu bapa angkat telah membuat pembayaran kepada ibu kandung melalui perantara.
"Fakta mendedahkan berlaku pengambilan anak angkat, bukan ditinggalkan oleh ibu kandung. Anak itu tidak ditinggalkan di hospital, tetapi diserahkan untuk dijadikan anak angkat dengan bantuan perantara dan hospital.
"Dalam sijil kelahiran, ibu bapa angkat itu telah mendakwa sebagai ibu bapa kandung kanak-kanak itu dan mereka tidak pernah mendakwa anak itu ditinggalkan. Hanya selepas siasatan, responden mendapati mereka bukan ibu bapa kandung kanak-kanak itu.
"Oleh itu, saya menolak rayuan tanpa perintah mengenai kos," kata Azizah.
Mengenai ibu bapa angkat, hakim itu berkata keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes lain memutuskan bahawa ibu bapa angkat bukan ibu kandung dalam Perkara 14 Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Mengenai isu anak tidak bernegara, beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam dua kes lain yang memutuskan bahawa jus soli dan jus sanguinis mesti diwujudkan namun ini tidak ada dalam kes ini.
Wanita itu dan ibu bapa angkatnya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Jun 2020, yang menolak saman pemula ketiga-tiga mereka untuk permohonan kewarganegaraan.
Menurut saman pemula itu, ibu bapa angkat dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa terdapat bayi untuk diambil sebagai anak angkat yang dilahirkan pada 9 Julai 1999. Mereka telah didaftarkan sebagai ibu bapa kanak-kanak tersebut dalam sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia.
Ibu bapa kanak-kanak itu telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan kanak-kanak itu sebagai warganegara Malaysia, namun permohonan itu ditolak selepas menunggu selama tiga tahun pada 30 Mac 2018 tanpa sebarang penjelasan dan mereka memohon semula pada 28 Mei 2018 tetapi permohonan masih belum selesai walaupun selepas tempoh tiga tahun.
Ibu bapa kandung anak itu tidak dapat dikesan manakala hospital tempat kanak-kanak itu dilahirkan telah ditutup dan segala usaha untuk mengesan ibu bapa kandung itu telah gagal.
Semasa prosiding secara dalam talian itu, perayu diwakili peguam Ranee Sreedharan manakala Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dan Peguam Persekutuan Ng Wee Li.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Hakim berkata wanita tersebut berhak menjadi warganegara Malaysia mengikut undang-undang, berdasarkan kelahirannya dalam persekutuan Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Mahkamah tetapkan 19 Julai untuk putuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan Nazlan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Julai ini untuk memutuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan.

Dua lelaki bebas tuduhan miliki 51 kg dadah, hukuman penjara 23 tahun diketepikan
Dua lelaki menarik nafas lega selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan hukuman penjara 23 tahun dan 20 sebatan kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 51.7 kilogram (kg).

Tiga sahabat dihukum dipenjara kerana rogol berkumpulan pelajar 13 tahun di Bachok
Tiga sahabat dipenjara selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun.

22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.

Mahkamah Singapura bebaskan 2 lelaki termasuk rakyat Malaysia atas tuduhan dadah - Laporan
Pasangan itu dituduh berkait dengan sebuah beg dadah mengandungi tidak kurang daripada 1.875 kanabis.

Mahkamah tolak permohonan ibu Jamaluddin Jarjis kemuka keterangan lanjut dalam rayuan
Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengemukakan keterangan lanjut dalam rayuannya berhubung saman sivil untuk memasukkan saham s

Kes SRC: Mahkamah tetapkan 10 hari, mulai 15 Ogos dengar rayuan akhir Najib
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

Kes basikal lajak: Sri Ram ketuai rayuan kerani
Pengurusan kes bagi rayuan Sam ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron pada 11 Mei.

Ahli perniagaan gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga lagi
Mahkamah Rayuan menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan tidak ikut Perlembagaan - Badan Peguam Malaysia
Siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.