GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh dan mencederakan mangsa buli T. Nhaveen, enam tahun lepas.
Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membebaskan S. Gopinaath, 32, J. Ragesuthan, 24, dan S. Gokulan, 24, dan dua lagi yang ketika kejadian remaja di bawah umur selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Beliau berkata mahkamah mendapati terdapat percanggahan versi keterangan saksi mengenai beberapa tempat kejadian dan kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi penting iaitu rakan mangsa dikenali sebagai Preevin.
"Pihak pendakwaan juga tidak dapat membuktikan niat tertuduh untuk bersama-sama membunuh atau mencederakan mangsa manakala kredibiliti saksi yang dipanggil sangat diragui mahkamah.
"Mahkamah telah meneliti, membuat pertimbangan dan menilai kes ini...justeru semua kelima-lima tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.
Kelima-lima rakan itu yang berada dalam kandang tertuduh saling berpelukan kegembiraan selepas mendengar keputusan tersebut.
Nhaveen, berumur 18 tahun ketika kejadian, cedera parah akibat dipukul sekumpulan remaja dalam kejadian di Jalan Kaki Bukit, dekat sini, sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur.
Rakannya, Preevin dilaporkan turut dipukul oleh kumpulan yang sama menggunakan topi keledar namun sempat melarikan diri bagi mendapatkan bantuan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azhar Hamzah manakala Gopinaath, Ragesuthan dan Gokulan diwakili peguam Datuk Naran Singh dan peguam Maanveer Singh Dhillon serta Yagoo Subramaniam mewakili dua remaja itu.
Pada 19 Jun 2017, lima rakan itu didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Bukit Gelugor antara jam 11 malam hingga tengah malam pada 9 Jun 2017.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Selain itu mereka juga didakwa atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap Nhaveen mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Kelima-lima mereka turut didakwa menyerang Previin di lokasi, tarikh dan masa sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Pada 2017, lima rakan itu didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Bukit Gelugor pada 9 Jun 2017.- Gambar fail/Bernama

PSM mohon maaf Stadium Nasional kurang memuaskan untuk final Piala Malaysia
Permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.
AWANI Ringkas: Zayn Rayyan mati dibunuh - KP Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Langkah pencegahan kerosakan pengangkutan awam diperkenal, elak masalah sama berulang
Penyelenggaraan baharu iaitu Mean Kilometres Between Failure (MKBF) dilaksanakan sebagai langkah pencegahan kerosakan teknikal perkhidmatan rel dan bas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

"Aunty guard viral" gementar bakal jejak kaki ke Istana Negara
Yogeswary, 44, tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KPT tawar 24,500 tempat pengajian sempena program setahun bersama Kerajaan MADANI
Ia bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula esok hingga 10 Dis ini.

Warga emas didakwa tipu dapatkan gelaran 'Datuk', sembunyi wang RM12,500
Seorang warga emas didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' dan menyembunyikan wang RM12,500.

Rusia tetapkan 17 Mac tarikh pilihan raya, Putin dijangka bertanding semula
Parlimen Rusia menetapkan pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 17 Mac 2024.

Rayuan pembunuhan DPP: Bukti tidak mencukupi untuk sabit pertuduhan bunuh, kata peguam
Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini bahawa tidak cukup bukti untuk menyokong anak guamnya terlibat dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

NASA raikan ulang tahun ke-25 Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat NASA pada Rabu meraikan ulang tahun ke-25 permulaan operasi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Imigresen usir lebih 30,000 pendatang tanpa izin sejak Januari - Ruslin
Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Mahkamah Tinggi bebaskan lima rakan daripada tuduhan bunuh Nhaveen
Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh dan mencederakan mangsa buli T. Nhaveen, enam tahun lepas.