Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang pembantu rumah Indonesia selepas dia mengaku bersalah melambung dan menghempas anak majikannya, Februari lepas.
Bagaimanapun Hakim Datuk Seri Mariana Yahya yang membenarkan rayuan Yuliana, 23, memerintahkan kes tertuduh didengar semula di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan hakim lain pada 6 Jan depan.
Sementara menunggu kesnya itu didengar, Mariana memerintahkan Yuliana dibebaskan dengan bon jaminan Kedutaan Indonesia, diwakili oleh Dino Nur Wahyuddin yang hadir di mahkamah hari ini.
Yuliana dari Acheh, Indonesia dikenakan hukuman penjara 20 tahun oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera bayi berusia empat bulan, 15 Feb lepas.
Pada 12 Mac lepas, Mariana memerintahkan wanita itu ditahan sementara di Hospital Permai, Johor selama tiga bulan bagi menentukan tahap kewarasan tertuduh setelah Yuliana mengemukakan rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman menerusi peguamnya, T. Vijayandran.
Mariana dalam keputusannya itu memberi lima alasan mengapa kes itu perlu didengar semula, pertama Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal menimbangkan sama ada perayu faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
"Kedua, perayu tidak diwakili peguam ketika prosiding mahkamah berjalan dan tertuduh perlu diterangkan akan maksud undang-undang terhadap kesalahan yang dibacakan terhadap tertuduh.
"Ketiga, gagal mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh perayu dan permohonan itu tidak dinyatakan dalam penghakiman sebelum ini.
"Keempat, menjatuhkan hukuman yang terlalu berat iaitu penjara 15 tahun untuk kesalahan yang pertama dan lima tahun penjara bagi pertuduhan yang kedua dan yang kelima, hakim gagal menyatakan niat perbuatan perayu di dalam fakta kes ini," katanya.
Sebelum keputusan itu dibacakan, Yuliana yang hadir ke mahkamah dengan seragam penjara berwarna hijau dan bertudung hitam, dilihat menangis dan apabila ditanya oleh Mariana, tertuduh berkata: "Saya rindu anak saya".
Wajah Yuliana kemudian bertukar ceria dan sempat melemparkan senyuman selepas menyatakan dia faham keputusan yang dibacakan oleh Mariana.
Sementara itu bercakap kepada pemberita, Dino Nur berkata Yuliana akan ditempatkan di tempat perlindungan khas di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur sehingga kesnya didengar semula.
Bernama
Wed Nov 20 2013
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Isu pekebun di Raub tidak jejaskan pengeluaran durian - Ahmad
Terdapat beberapa ladang lain di negara ini menanam durian Musang King dan mampu menampung permintaan terhadap buah yang mendapat sambutan hebat termasuk yang diproses dan disejuk beku.
Mahkamah Tinggi ketepikan sabitan, hukuman penjara amah 'lambung' bayi
Mahkamah Tinggi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang pembantu rumah Indonesia yang melambung anak majikannya.