awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi tolak rayuan penganalisis politik berhubung kes saman

Bernama
Bernama
28/03/2023
09:11 MYT
Mahkamah Tinggi tolak rayuan penganalisis politik berhubung kes saman
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tahun lepas bahawa kenyataan Khalid adalah komen berpatutan dan mengarahkan Kamarul Zaman membayar kos RM10,000 kepada Khalid. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff berhubung kes saman fitnah yang dikemukakan beliau terhadap bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Khalid ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menolak rayuan itu melalui prosiding yang dijalankan secara sidang video.
Beliau berkata mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tahun lepas, bahawa kenyataan Khalid adalah komen berpatutan dan mengarahkan Kamarul Zaman membayar kos RM10,000 kepada Khalid.
Pada 29 April tahun lepas, Mahkaman Sesyen di sini menolak saman Kamarul Zaman selepas mendapati Khalid berjaya membuktikan pembelaan komen berpatutan atau komen yang wajar.
Pada 28 Julai 2020, Kamarul Zaman memfailkan saman fitnah berhubung penulisan Khalid yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk 'Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pegar Makan Padi'.
Penulisan itu dibuat Khalid pada 26 Mei 2017 dalam memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, 'Becoming Hannah' melalui rencana bertajuk 'Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tolak rayuan
#Kamarul Zaman Yusoff
#saman fitnah
#Khalid Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan