KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi memindahkan kes samannya terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa menyalahgunakan dana berjumlah AS$250 juta bagi menerbitkan filem dan membeli hartanah, supaya didengar di hadapan hakim lain.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan turut mengarahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
1MDB memohon agar kes itu didengar bersama-sama satu lagi saman yang difailkan terhadap Najib dan tujuh lagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam Rabindra S.Nathan dan Lim Jun Rui yang mewakili 1MDB serta tiga anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited.
Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Genevieve Vanniasingham pula mewakili Riza Shahriz serta kedua-dua syarikatnya.
Muhammad Farhan ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan berkata pendengaran saman tersebut akan diteruskan pada Oktober depan sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini di hadapan Raja Ahmad Mohzanuddin.
Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan tiga anak syarikatnya telah memfailkan saman terhadap Riza Shahriz dan dua syarikatnya atas dakwaan menerima dana kira-kira AS$248 juta yang disalah guna untuk kepentingan peribadi termasuk membiayai penerbitan filem dan membeli pelbagai hartanah.
Plaintif memohon deklarasi bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab menyalahgunakan dana itu dan menuntut agar ia dibayar balik.
Riza Shahriz dan dua syarikatnya dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 25 Okt 2021 mendakwa telah mendapat pinjaman daripada keluarga diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company untuk menerbitkan beberapa filem di Amerika Syarikat.
Riza Aziz mendakwa sukar bagi penerbit filem yang tidak dikenali untuk memperoleh pinjaman daripada bank, oleh itu beliau terpaksa mendapatkan dana daripada individu atau syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited. - Gambar fail
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Borong, runcit meningkat bukti ekosistem ekonomi progresif
Peningkatan itu turut membuktikan peranan dan tindakan yang dilaksanakan kementerian berada pada landasan yang betul.
Sebanyak 2,288 stesen pengecas EV dipasang sehingga Mac 2024
Sebanyak 268 stesen pengecas kereta elektrik (EV) telah beroperasi, menjadikan jumlah terkumpul Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) setakat Mac 2024 sebanyak 2,288 unit.
Jasad Mutang Tagal tiba di Miri untuk penghormatan terakhir
Wartawan Rudi Affendi Khalik melaporkan jasad Yang Di Pertuan Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal selamat tiba di Miri, untuk upacara penghormatan terakhir sebelum dikebumikan pada Isnin.
KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UNIMAP
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi tadi.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu
Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.
Lawatan PM ke Qatar medan terbaik bincang kekejaman Zionis
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawat Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Isnin, dijangka menjadi medan terbaik untuk Malaysia memahami perkembangan terkini di Gaza yang disifatkan semakin meruncing susulan kekejaman berterusan rejim Zionis.
Kali terakhir kedua-duanya bertemu adalah ketika lawatan rasmi Anwar ke Riyadh, Arab Saudi bulan lepas, yang turut berkisar mengenai konflik berkenaan.
Kali terakhir kedua-duanya bertemu adalah ketika lawatan rasmi Anwar ke Riyadh, Arab Saudi bulan lepas, yang turut berkisar mengenai konflik berkenaan.
10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar
Kebakaran pada 3.30 pagi itu menyebabkan bilik yang menempatkan pelajar lelaki berkenaan musnah 70 peratus.
AWANI Ringkas: Ringgit diniagakan berhati-hati
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sudah tiba masa Muhyiddin, Hadi berundur - Zaid Ibrahim
Kekalahan di PRK KKB jadi pengajaran buat PN agar menukar pemimpin mereka yang sudah sangat tua, bukan hanya dari segi umur tetapi juga idea.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.