awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak permohonan KDN kekal gantung The Edge

Bernama
Bernama
13/10/2015
07:14 MYT
Mahkamah tolak permohonan KDN kekal gantung The Edge
Berikutan keputusan itu, dua penerbitan akhbar The Edge dan The Edge Financial Daily boleh meneruskan operasi dan mencetak. - Gambar Fail
Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengekalkan keputusan membatalkan arahan menggantung dua akhbar milik The Edge Communications Sdn Bhd.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dalam kamar, hari ini.
Peguam kanan persekutuan Alice Loke Yee Ching memberitahu media bahawa Hakim Asmabi memutuskan tidak ada keadaan khas yang membolehkan penggantungan itu kekal.
"Hakim berkata penerbit tidak boleh dihukum hasil dari kejayaan litigasi. The Edge boleh terus mencetak. Hakim berkata tidak ada bahaya untuk kedua-dua akhbar meneruskan penerbitan," katanya.
Alice menambah, hakim memerintahkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha KDN membayar kos RM4,000 kepada penerbit.
Pada 21 Sept Asmabi membatalkan keputusan KDN menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan.
Berikutan keputusan tersebut dua penerbitan tersebut boleh meneruskan operasi dan mencetak.
The Edge dan The Edge Financial Daily telah dilarang menerbitkan laporan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atas alasan ia boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam, dan juga kepentingan negara.
Topic Berkaitan
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#the edge
#The Edge Financial Daily
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan