awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown

Bernama
Bernama
02/05/2024
16:35 MYT
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Saman itu berkaitan tiga artikel termasuk yang disiarkan oleh Sarawak Report bertajuk How AG's Office connived to prevent a second post-mortem on Kevin Morais-Exclusive Expose. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah yang difailkan oleh pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Saman itu berkaitan tiga artikel termasuk yang disiarkan oleh Sarawak Report bertajuk How AG's Office connived to prevent a second post-mortem on Kevin Morais-Exclusive Expose.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif (Mabel) gagal menterjemah artikel yang didakwa berunsur fitnah ke dalam Bahasa Melayu.
"Pada pendapat saya, syarat bagi pliding lengkap dalam Bahasa Melayu secara asasnya adalah dikaitkan dengan keluhuran bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan.
"Justeru itu, peruntukan berkaitan adalah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Aturan 92 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012," katanya.
Beliau berkata mahkamah juga mendapati terdapat inferens yang dibuat oleh plaintif mengenai maksud sebenar artikel berunsur fitnah itu, bagaimanapun masih tiada terjemahan yang diperakui bagi artikel itu ke dalam Bahasa Melayu.
"Berdasarkan ini sahaja, saya terpaksa memutuskan bahawa kecacatan yang berlaku adalah amat asas sehingga tidak membolehkan saya membenarkan tuntutan plaintif," katanya.
Raja Ahmad Mohzanuddin juga berkata mahkamah mendapati artikel pertama yang dipertikai adalah jelas memfitnah plaintif jika defendan (Rewcastle-Brown) tidak membangkitkan bantahan teknikal itu pada peringkat awal prosiding.
"Artikel itu secara jelas mencadangkan bahawa plaintif terlibat dalam satu konspirasi di peringkat tertinggi untuk menipu keluarga mendiang Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais berhubung hak mereka kepada laporan bedah siasat kedua yang bebas," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata plaintif tidak berhak mendapat sebarang ganti rugi susulan penerbitan artikel berunsur fitnah itu akibat kegagalan menyediakan terjemahan yang diperakui dalam Bahasa Melayu.
"Oleh itu, mahkamah menolak saman ini dengan kos RM15,000," katanya.
Mabel, yang telah bersara sebagai Hakim Mahkamah Sesyen, memfailkan saman itu terhadap Rewcastle-Brown pada 2019 berhubung artikel yang didakwa mengaitkan beliau dengan mesej teks dihantar kepada keluarga mendiang Morais, yang dibunuh pada September 2015.
Beliau menafikan dakwaan yang disiarkan dalam artikel itu dan memulakan tindakan saman bagi menuntut ganti rugi daripada Rewcastle-Brown serta perintah agar ia dikeluarkan daripada laman sesawang Sarawak Report.
Mabel diwakili peguam Datuk David Gurupatham manakala peguam Guok Ngek Seong mewakili Rewcastle-Brown.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#tindakan saman
#Mahkamah Sesyen
#konspirasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan