awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu pukat ikan, tertangkap buaya

Bernama
Bernama
16/10/2024
08:10 MYT
Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Buaya berkenaan telah diserahkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. - Gambar/ APM
IPOH: Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada 11.30 pagi daripada nelayan terbabit yang juga merupakan pemilik sebuah pelantar ikan di kawasan berkenaan.
"Dia (nelayan terbabit) telefon Pusat Kawalan Operasi APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) Daerah Bagan Datuk mengatakan seekor buaya telah ditangkap bersama ikan dalam pukat.
"Seramai lima anggota dan pegawai APM Daerah Bagan Datuk terus pergi ke lokasi untuk mengesahkan memang betul terdapat seekor buaya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata meskipun pihaknya sedia maklum terdapat buaya di kawasan berkenaan dan kehadiran hidupan liar itu pernah tular di laman sosial sebelum ini, namun setakat ini tiada sebarang kes melibatkan konflik antara haiwan itu dengan manusia.
Mohd Fazly berkata sejurus pihaknya mengesahkan bahawa buaya berkenaan tersangkut pada pukat ikan itu, beliau terus menghubungi Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Teluk Intan untuk tindakan lanjut.
"Buaya itu telah diangkat oleh enam orang, membabitkan anggota APM dan pegawai Perhilitan.
"Pegawai Perhilitan ada memberitahu anggaran panjang buaya betina itu adalah kira-kira 3.048 meter dengan berat antara 60 ke 70 kilogram," katanya.
Beliau berkata buaya berkenaan kini telah diserahkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bagan Datuk
#nelayan
#buaya
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan