awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu tembak babi tertembak rakan

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
03/02/2018
22:25 MYT
Mahu tembak babi tertembak rakan
Mohd Saiful Bahri Sulaiman cedera di pinggang dan lengan kiri selepas terkena tembakan senapang patah dilepaskan rakannya.Astro AWANI
Seorang tukang rumah cedera di pinggang dan lengan kiri selepas terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan rakannya ketika operasi memburu babi hutan.
Kejadian berlaku di sebuah kebun kelapa sawit di Kg Padang Buloh, Pasir Akar, Jerteh, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Besut Supt. Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mangsa, Mohd Saiful Bahri Sulaiman, 29 tahun bertindak sebagai pemandu arah bersama dua pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Besut ke lokasi kira-kira jam 12.30 tengah malam untuk memburu babi hutan selepas menerima aduan penduduk kampung.
Menurut Mohd Zamri ,mangsa bersama seorang anggota PERHILITAN menunggu di kabin belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sebelum terlihat babi hutan melintas di hadapan kenderaan kira-kira jam 4.35 pagi.
Pegawai PERHILITAN terbabit kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah babi hutan, namun binatang liar itu tidak mati.
Bagaimapun ketika cuba mengubah kedudukan untuk melepaskan tembakan seterusnya, pegawai terbabit tergelincir dan terjatuh di dalam kabin dan tertembak mangsa .
Mangsa yang cedera kemudianya dikejarkan ke Hospital Jertih.dan dilaporkan stabil .
Beliau akan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut berikutan masih terdapat peluru penabur dalam badan mangsa.
Kedua-dua pegawai perhilitan berusia 28 tahun dan 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan manakala senapang yang digunakan ketika kejadian dirampas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.
Topic Berkaitan
#Babi
#HUSM
#Perhilitan
#rakan
#stabil
#tertembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan