awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu tunaikan zakat secara dalam talian? Ini pautan penting untuk anda

Fareez Azman
Fareez Azman
30/04/2020
23:00 MYT
Mahu tunaikan zakat secara dalam talian? Ini pautan penting untuk anda
Pembayaran zakat fitrah kini berubah ke normal baharu secara dalam talian bagi memutuskan rantaian COVID-19. Gambar Fail
Ramadan 1441H/2020M kali ini sudah tentu berbeza buat semua masyarakat terutama umat Islam dalam beribadah serta menunaikan kewajipan di bulan mulia.
Ini lima perkara yang anda perlu lakukan untuk menunaikan bayaran Zakat Fitrah secara dalam talian.
1. Menepati syarat-syarat wajib membayar Zakat Fitrah
2. Kenal pasti laman sesawang Jabatan Agama Islam di negeri yang anda tinggal.
3. Tahu kadar zakat yang ditetapkan di setiap negeri setiap tahun serta gunakan kalkulator yang disediakan di laman sesawang.
4. Baca niat Akad yang disediakan di laman sesawang sebelum membuat pembayaran.
5. Bayar zakat Fitrah menerusi kod imbas QR atau bayaran dalam talian melalui institusi perbankan yang dilantik mengikut negeri.
Berikut kami sediakan pautan pembayaran zakat Fitrah secara dalam talian bagi memudahkan urusan anda:
Wilayah Persekutuan
Amil fitrah yang dilantik di Kaunter PPZ-MAIWP atau bayaran dalam talian:
i. Melalui portal PPZ ii. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank) iii. PayHalal iv. Portal MyEG v. U-Mobile vi. Pos Online
Selangor
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. FPX melalui portal Zakat Selangor ii. Aplikasi e-dompet GoPayZ iii. Aplikasi e-dompet Boost iv. QR Code v. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank) vi. Portal MyEG vii. Pos Online
Melaka
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. Laman sesawang izakat.com ii. QRPay Bank Muamalat
Terengganu
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. FPX melalui pautan laman sesawang ii. Aplikasi SnapNPay
Kelantan
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. Financial Process Exchange (FPX) melalui laman sesawang ii. Laman sesawang ejen-ejen bank (16 Institusi perbankan yang dilantik) iii. QR Code iv. Aplikasi MyMaik eZakat Payment dan v. SMS
Pahang
i. Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian melalui laman sesawang MUIP
Perlis
i. Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian atau aplikasi SnapNPay
Pulau Pinang
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. Aplikasi SnapNPay ii. JomPAY iii. QR Code iv. Aplikasi GoPayZ dan v. FPX
Kedah
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. Laman sesawang Jom Zakat Kedah ii. Laman sesawang Asnaf Care https://asnafcare.com.my/ dan iii. Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) - http://bit.ly/zotkdh (Bagi pengguna Android dan IOS)
Johor
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. Fastpay melalui laman sesawang ii. Pengguna berdaftar melalui https://epayment.maij.gov.my iii. Laman Sesawang Johor Online Payment https://onlinepayment.johor.gov.my/ iv. Aplikasi SnapNPay
Negeri Sembilan
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. Portal Pembayaran Zakat ii. Aplikasi ZakatN9 iii. Aplikasi SnapNPay dan iv. JomPAY
Sabah
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank ii. Portal MyEG iii. Aplikasi SnapNPay iv. JomPAY
Sarawak
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek) ii. Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak iii. Portal MyEG iv. Maybank2U dan v. Aplikasi SnapNPay
Perak
Amil fitrah yang dilantik atau bayaran dalam talian:
i. FPX melalui laman sesawang ii. QRPay Maybank iii. Aplikasi SnapNPay dan iv. Aplikasi GoPayZ
Lafaz Akad Zakat Fitrah:
1. Lafaz untuk diri sendiri (Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM..... yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.)
2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan (Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM..... yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.)
3. Lafaz bagi pihak (Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM..... yang wajib ke atas pihak yang aku wakili....... pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.)
Pembayaran zakat secara atas talian ini antara normal baharu yang perlu diterapkan semua masyarakat ketika menunaikan kewajipan fardhu ain setiap umat Islam selepas panca pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#atas talian
#Johor
#Kedah
#Kelantan
#Melaka
#Pahang
#Perak
#perbankan
#Perlis
#pulau pinang
#Sabah
#Sarawak
#Selangor
#terengganu
#Wilayah Persekutuan
#Zakat Fitrah Online
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan