awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahu tuntut ganjaran 'Touch n Go', tapi rugi lebih RM21,000

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2022
05:00 MYT
Mahu tuntut ganjaran 'Touch n Go', tapi rugi lebih RM21,000
Mangsa menyedari telah ditipu apabila mendapati semua wang dalam akaun banknya berjumlah RM21,399 lesap. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang wanita menanggung kerugian lebih RM21,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu menyamar wakil Touch n Go, Khamis lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 36 tahun dari Raub menerima panggilan suspek berhubung akaun e-wallet tamat tempoh dan 750 mata ganjaran belum dituntut.
Menurutnya, suspek menawarkan bantuan untuk membantu menebus mata ganjaran itu dan meminta mangsa menyerahkan nombor kad bank dan nombor kod kebenaran transaksi (TAC).
"Terpedaya dengan helah suspek, mangsa akur apabila menyerahkan nombor kad banknya bersama tujuh nombor TAC yang diterima.
"Mangsa menyedari telah ditipu apabila mendapati semua wang dalam akaun banknya berjumlah RM21,399 lesap," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ramli berkata, susulan kejadian, mangsa tampil membuat laporan polis di sebuah balai polis di Raub.
"Orang ramai yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan agar segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
"Sekiranya diminta untuk memberikan maklumat perbankan, jangan dedahkan maklumat tersebut," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#menyamar
#wakit Touch n Go
#mangsa penipuan
#e-wallet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan