awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIK kutip zakat RM95 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini

Bernama
Bernama
02/09/2020
13:31 MYT
MAIK kutip zakat RM95 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini
Peningkatan kutipan itu juga disebabkan keyakinan pembayar zakat terhadap pengurusan MAIK dalam usaha mengagihkan kepada keluarga asnaf. -Gambar fail
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mencatatkan kutipan zakat melebih RM95 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Yang Dipertua MAIK Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata jumlah kutipan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding RM89 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
"Segmen terbesar kutipan zakat ini adalah daripada zakat pendapatan, diikuti zakat perniagaan, fitrah, wang simpanan dan lain-lain zakat iaitu pertanian dan padi, ternakan, saham, emas atau perak serta zakat qadha.
"Peningkatan yang signifikan dalam zakat fitrah pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya adalah disebabkan oleh MAIK memperkenalkan tiga kadar harga iaitu RM7, RM14 dan RM21 mengikut harga beras yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan Laporan Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat dari Januari hingga Jun 2020 di Hotel Perdana,di sini, hari ini.
Beliau berkata peningkatan kutipan itu juga disebabkan keyakinan pembayar zakat terhadap pengurusan MAIK dalam usaha mengagihkan kepada keluarga asnaf.
Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor terbesar peningkatan agihan zakat ini adalah kerana inisiatif Program Prihatin MAIK COVID-19 yang dilancarkan pada Mac lalu bagi membantu umat Islam yang terjejas dengan wabak COVID-19 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Selepas PKP sejak 18 Mac lalu, pihak kami menerima lebih 40,000 permohonan bantuan dalam talian berikutan mereka tidak dapat keluar mencari rezeki, sekali gus mengakibatkan pendapatan mereka terjejas.
"Kesan dari itu, wujudnya kelompok yang kita boleh gelar sebagai 'miskin interim' atau sementara yang membolehkan mereka mendapatkan bantuan bekalan makanan daripada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan yang lain bagi menyelesaikan masalah semasa PKP," katanya.
Beliau mengalu-alukan perantau, ahli korporat dan ahli perniagaan yang berasal dari negeri ini turut sama membayar zakat menerusi MAIK dalam usaha menambah jumlah kutipan dan agihan kepada mereka yang layak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asnaf
#Islam
#Kelantan
#kerajaan
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan