SEREMBAN: Keperitan hidup lima beranak yang hilang tempat berteduh apabila terpaksa keluar dari rumah sewa mereka dan menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai tempat tidur sejak tiga bulan lepas mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
MAINS melalui hantaran di laman Facebook memaklumkan pihaknya menziarahi keluarga Muhammad Mujahid Mohd Kamal Jalani di sebuah lokasi di Bukit Chedang di sini petang Sabtu bagi menguruskan bantuan yang diperlukan.
Hantaran itu menyebut Muhammad Mujahid, 32, dan isterinya, Sayidah Suhaila Mohd Shukri, 28, sudah empat tahun bermastautin di Negeri Sembilan serta mempunyai tujuh anak.
"Difahamkan, tiga anak mereka yang berumur 7, 8 dan 9 tahun ditempatkan di sebuah asrama kebajikan, seorang berusia 5 tahun dijaga oleh ahli keluarga lain manakala tiga lagi berumur 1 dan 3 tahun termasuk bayi berusia 3 bulan tinggal bersama mereka," menurut hantaran itu.
MAINS juga menyatakan Muhammad Mujahid mempunyai masalah cakera teranjak atau slipped disc manakala isterinya menghidap penyakit asma yang kronik menyebabkan usaha pasangan itu dalam mencari dan meneruskan pekerjaan terganggu.
Katanya melalui zakat MAINS, keluarga itu akan dibantu dengan penempatan rumah sewa baharu beserta bayaran deposit, bantuan kewangan kecemasan dan barangan dapur.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Lima beranak terpaksa keluar dari rumah sewa dan menjadikan kenderaan pelbagai guna sebagai tempat tidur sejak tiga bulan lepas. - Foto Facebook MAINS
WCK kembali operasi di Gaza
WCK pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan sebilangan kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diarahkan untuk menyalurkan lebihan dana Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), membabitkan pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada golongan berkenaan.
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu jaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas terima hantaran Toni Kroos.
Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Mahasiswa harus bina rangkaian di universiti untuk persediaan ke alam pekerjaan
Rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Seleweng zakat MAINS: 11 individu dipanggil beri keterangan
Sebelas individu melibatkan pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd dipanggil memberi keterangan berkenaan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan jabatan itu.
Dakwaan penyelewengan zakat MAINS: SPRM buka semula kertas siasatan
SPRM membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd.
MAINS tetap kadar minimum zakat fitrah RM7
Tiga kadar zakat fitrah tersebut telah diperkenan bagi pewartaan tahun ini oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
MAINS bantu lima beranak hilang tempat tinggal, tidur dalam MPV
MAINS menziarahi keluarga itu di sebuah lokasi di Bukit Chedang petang Sabtu bagi menguruskan bantuan yang diperlukan.
Tiada keperluan untuk tutup sesi persekolahan di Negeri Sembilan- MB
Tiada keperluan setakat ini untuk menutup sesi persekolahan di negeri Sembilan kerana kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan guru masih terkawal.
Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah lapan minit
Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan.
N.Sembilan tetapkan zakat fitrah RM7 tahun ini
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 seorang, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Husein.