awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIS lancar kempen salur wang daripada sumber haram kepada Baitulmal

Bernama
Bernama
17/02/2021
08:37 MYT
MAIS lancar kempen salur wang daripada sumber haram kepada Baitulmal
Kempen yang dijalankan menerusi platform media sosial MAIS bertujuan mengajak orang ramai membersihkan harta agar kehidupan mendapat keberkatan. - Gambar fail/ Reuters
SHAH ALAM:Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Kempen Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah kepada Baitulmal bagi memberi kesedaran supaya orang ramai bijak menguruskan harta seperti dituntut oleh syarak.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kempen yang dijalankan menerusi platform media sosial institusi berkenaan sepanjang bulan Rejab 1442H itu juga bertujuan mengajak orang ramai membersihkan harta agar kehidupan mendapat keberkatan.
Menurut beliau Wang Tidak Patuh Syariah merupakan wang atau harta yang diperoleh daripada sumber haram seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi atau rompakan, duit rasuah dan loteri serta perlindungan insurans konvensional.
"Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta umat Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat serta pengetahuan betapa pentingnya mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak.
"Semoga seluruh umat Islam dapat memanfaatkan bulan Rejab ini dengan menyucikan harta melalui pelupusan Wang Tidak Patuh Syariah kepada Baitulmal MAIS dan mudah-mudahan diberkati oleh Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, selain hebahan mengenai kempen itu, MAIS juga melaksanakan pelbagai program berkaitan secara dalam talian antaranya webinar kesedaran mencari rezeki halal dan kuliah di masjid serta surau.
Pelancaran kempen itu disempurnakan oleh Abdul Aziz dengan penyerahan poster berkaitan kepada Setiausaha MAIS Dr Ahmad Shahir Makhtar sebagai simbolik, dalam satu acara ringkas hari ini.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai aktiviti kempen berkenaan boleh mengikuti Facebook MAIS dan proses melupuskan Wang Tidak Patuh Syariah dilakukan menerusi laman web https://www.mais.gov.my/wang-tak-patuh-syariah/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIS
#wang tidak patuh syariah
#Baitulmal
#wang riba
#curi
#sumber tidak halal
#haram
#Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan