awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

MAIWP fokus bantuan perubatan bantu ringankan beban golongan asnaf

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
20/06/2025
14:30 MYT
MAIWP fokus bantuan perubatan bantu ringankan beban golongan asnaf
Mohd Fauzi (kanan) menziarahi Harmie Razali dan ibunya serta menyampaikan bantuan perubatan serta kata-kata semangat. - Gambar MAIWP
KUALA LUMPUR: ‘Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.’
itu pepatah boleh digambarkan terhadap situasi sulit dilalui Siti Zuhaili Idris, 31, apabila dia terpaksa menanggung beban perbelanjaan anaknya Nur Arissa Sabrina Mohammed Zulkarnain yang mengalami sakit jantung berlubang sejak dalam kandungan.
Zuhaili bersyukur apabila MAIWP menanggung kos kelengkapan perubatan Arissa.
“Alhamdulilah, dengan bantuan yang diberikan MAIWP, kalau ikut kiraan saya sendiri, jika sebelum ini saya terpaksa belanja susu Arissa hampir RM800 sebulan dan sekarang saya bersyukur semua bantuan diberikan MAIWP.
“Untuk anak saya, dia memerlukan sebulan tidak kurang enam tin susu yang berharga hampir RM90 setin. Dengan adanya bantuan sebegini memang membantu sangat-sangat untuk keluarga seperti saya,” katanya ketika ditemui di Program Ziarah Kasih Penerima Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu bersama MAIWP di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Perak, Sentul di sini, pada Selasa.
Siti Zuhaili (tengah) menceritakan pengalamannya ketika memohon bantuan di MAIWP dan bersyukur permohonannya diproses dengan cepat
Siti Zuhaili (tengah) menceritakan pengalamannya ketika memohon bantuan di MAIWP dan bersyukur permohonannya diproses dengan cepat
Dalam pada itu jelas Zuhaili, keramahan dan kerjasama kakitangan MAIWP ketika kali pertama dia berurusan untuk permohonan bantuan menjadi lebih mudah dengan bantuan segera pegawai yang bertugas.
“Syukur sangat-sangat. MAIWP sememangnya sangat membantu. Pada awalnya saya fikir agak susah untuk dapatkan bantuan di sana memandangkan saya masih muda ketika itu. Tetapi jangkaan saya meleset.
“Setiap dokumen yang saya hantar pasti akan dijawab dalam tempoh terdekat dan semua urusan permohonan saya lulus dengan cepat, kalau tidak silap, kurang sebulan semua permohonan saya diluluskan dengan lancar.
Adik Arissa Sabrina mengalami sakit jantung berlubang sejak dalam kandungan dan menerima bantuan perubatan MAIWP sejak tiga tahun lalu.
Adik Arissa Sabrina mengalami sakit jantung berlubang sejak dalam kandungan dan menerima bantuan perubatan MAIWP sejak tiga tahun lalu.
“Selain itu, bantuan itu juga dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan saya. Memang bersyukur sangat. Urusan secara dalam talian juga memudahkan beliau menguruskan kedua-dua anaknya yang masih kecil,” katanya.
Penyakit Nur Arissa Sabrina, 5, mula dikesan sejak beliau di dalam kandungan ibunya ketika itu berusia tujuh bulan.
Sementara itu seorang lagi penerima bantuan MAWIP Noor Haini Zainal Abidin, 54 berkata, dia kini boleh menjimatkan kos perbelanjaan perubatan anaknya, Harmie Razali, 21 yang mengalami kecederaan otak akibat kemalangan pada pertengahan tahun lalu.
Keadaan tersebut menjadikan anak bongsu daripada tiga beradik itu terlantar sehingga tidak dapat meneruskan pengajiannya.
“Saya sendiri bersyukur sangat dengan adanya bantuan daripada MAIWP. Jika dahulu saya terpaksa belanja hampir RM2,800 sebulan untuk membeli susu, lampin pakai buang dan keperluan-keperluan lain. Kini syukur sangat sudah hampir setahun bantuan ini diteruskan MAIWP.
“Kita pun tidak perlu bersusah payah untuk turun naik pejabat MAIWP, sebaliknya semua barang-barang seperti susu dihantar oleh pihak mereka ke rumah kita. Terlalu mudah urusan dengan pihak mereka. Terima kasih saya ucapkan,” jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Wan Maizatun Wan Hassan berkata, pihaknya hari ini menfokuskan kepada penerima bantuan perubatan MAIWP dalam meringankan kos kewangan golongan asnaf.
Katanya, sebanyak empat buah keluarga asnaf telah disantuni MAIWP dalam Program Ziarah Kasih Penerima Bantuan Lampin Pakai Buang dan Susu bersama MAIWP.
“Semua penerima bantuan perubatan secara bulanan ini, mereka akan dinilai setiap tahun oleh pihak MAIWP sama ada masih perlu dibantu, layak dibantu ataupun tidak perlu lagi dibantu.
“Selain itu, bekalan lampin jenis tape atau seluar turut dihulurkan bergantung kepada saranan pihak hospital sebab ada antara penerima yang bayinya tidak boleh pakai lampin biasa, hanya pakai jenis tertentu mungkin sebab penyerapan dan material," ujarnya.
Topic Berkaitan
#MAIWP
#golongan asnaf
#sakit jantung berlubang
#perbelanjaan bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami