PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Awal Ramadan dan Bantuan Aidilfitri berjumlah RM800 secara 'one-off' kepada 30,300 penerima Bantuan Kewangan Bulanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata Bantuan Awal Ramadan sebanyak RM300 dibayar secara berperingkat bermula semalam manakala Bantuan Aidilfitri sebanyak RM500 pula akan mula dibayar pada minggu ketiga Ramadan.
"(Bantuan) RM300 ini sebagai sumbangan tambahan dalam bulan Ramadan kepada mereka yang terima bantuan bulanan (MAIWP). Ini satu lagi nilai tambah kita beri kepada penerima atau asnaf sedia ada.
"Gunalah bantuan ini sebaik mungkin. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban dalam menyambut Ramadan dan persiapan Aidilfitri," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Ihya' Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil dan Amil Zakat Fitrah Tahun 1443H di sini hari ini.
Pada majlis itu, Idris turut menyampaikan bantuan Ihya' Ramadan berjumlah RM9.46 juta bagi tujuan mengimarahkan 811 masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; membabitkan penyaluran RM15,000 kepada 89 masjid; RM12,500 kepada 123 surau Jumaat dan RM11,000 kepada 599 surau.
Idris berkata dana tersebut disalurkan bagi masjid dan surau menggunakannya untuk program-program sepanjang bulan Ramadan dengan pengisian yang menjadi terapi jiwa dan penghayatan ilmu.
Dalam pada itu, Idris turut menasihatkan pihak-pihak yang menyiarkan azan bagi tujuan berbuka puasa dan bersahur, lebih berhati-hati agar insiden berbuka sebelum waktunya, tidak berlaku lagi.
"Mereka yang menjaga urusan sama ada azan atau siren penanda sahur ataupun buka puasa, kena amanah betul-betul.
"Kalau sengaja buat macam itu, maka mereka menanggung dosa terhadap itu dan kepada individu yang berbuka puasa awal kerana mendengar azan maghrib di radio yang disiarkan lebih awal daripada waktunya, kena qada balik puasa," katanya.
Pada Ahad lepas, seorang penyampai stesen radio tempatan di Tawau, Sabah tampil memohon maaf selepas dilaporkan menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di daerah itu.
Pada majlis tersebut, Idris turut menyampaikan watikah pelantikan kepada lapan penerima yang mewakili 74 ketua amil dan 809 amil yang dilantik MAIWP bagi tujuan kutipan zakat fitrah tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Idris ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Ihya' Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil dan Zakat Fitrah Tahun 1443H di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. - Foto BERNAMA
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MAIWP umum bantuan Ramadan dan Aidilfitri berjumlah RM800
Bantuan RM800 secara 'one-off' kepada 30,300 penerima Bantuan Kewangan Bulanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
PM umum bantuan RM500 secara 'one-off' mulai Selasa
Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.