Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengingatkan majikan supaya membuat bayaran caruman buat pertama kali untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang mula berkuat kuasa bulan ini pada 1 hingga 15 Februari ini.
Unit Perhubungan Awam Perkeso berkata bayaran pada tempoh itu adalah bagi caruman Januari tahun ini.
"Bayaran caruman hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan bagi mengelakkan denda lewat bayar dikenakan kepada majikan.
"Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan setiap bulan pada kadar caruman 0.2 peratus daripada majikan dan juga 0.2 peratus daripada gaji pekerja. Hanya pekerja yang telah berumur 57 tahun dan tidak pernah mencarum dengan Perkeso sebelumnya dikecualikan dari sistem perlindungan ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
SIP dilaksanakan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.
Menurut Perkeso bagi tujuan pembayaran caruman, majikan perlu memuat turun Lampiran 1 iaitu Borang Jadual Caruman Bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dari laman web Perkeso di www.perkeso.gov.my/sip dan mengisinya dengan lengkap.
Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar semula kepada Perkeso melalui emel ke [email protected] dengan menggunakan Tajuk [CARUMAN SIP; NAMA.
Selepas borang itu dikirim melalui emel, majikan perlu menyediakan bayaran caruman secukupnya menggunakan sama ada cek, kiriman wang atau wang pos yang bertarikh dalam tempoh sah laku dan dibayar atas nama Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso, katanya.
Bayaran caruman boleh dibuat di kaunter pejabat Perkeso dengan membawa maklumat caruman bersama cetakan bukti penghantaran emel dan Borang Jadual Caruman Bagi SIP yang dilengkapkan secara fizikal atau 'softcopy', katanya.
Bagi serahan dokumen bayaran caruman di kaunter Perkeso, majikan akan diberikan Slip Akuan Terimaan Bayaran Caruman SIP.
Perkeso berkata majikan juga boleh menghantar dokumen bayaran ini melalui pos dengan menyertakan dokumen yang sama.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Perkeso di www.perkeso.gov.my/sip atau hubungi talian khidmat pelanggan 1300 22 8000.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2018
SIP dilaksanakan sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.