IPOH: Kerajaan menggesa semua majikan mematuhi dan tidak menggunakan pelbagai alasan lapuk bagi mengelak untuk mengguna pakai Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) terutama membabitkan pengurangan tempoh waktu bekerja dari 48 jam kepada 45 jam seminggu.
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata ini kerana ia bukan sahaja telah diluluskan di Parlimen malah para majikan telah diberikan tempoh masa sehingga 1 Jan tahun ini untuk melaksanakan perkara itu.
"Pada tahun lepas pindaan berkenaan undang-undang ini telah diumumkan di Parlimen disusuli dengan kenyataan media yang telah dibuat. Menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada semua majikan untuk mengikuti undang-undang tersebut.
Jadi saya tidak mahu ada sebarang alasan daripada mana-mana majikan yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu tentang undang-undang yang telah diluluskan ini," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC), hari ini.
Pada 23 Feb lepas, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarul Baharin Mansor dalam satu laporan media menggesa Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan keras terhadap mana-mana majikan yang mengingkari perlaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).
MTUC turut menegaskan terdapat laporan masih terdapat majikan yang tidak mempedulikan pindaan akta berkenaan termasuk dalam soal pengurangan waktu bekerja.
Dalam perkembangan lain, Sivakumar berkata KSM akan kekal komited dalam memastikan pemerkasaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diteruskan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak terlibat.
Katanya pada ketika ini fokus utama kerajaan terarah adalah untuk memastikan setiap lepasan TVET memperoleh pekerjaan sepadan dengan kemahiran yang diperolehi melalui kursus yang telah dipelajari.
"Kita mahu memastikan bahawa anak-anak yang dilatih di bawah program TVET mempunyai nilai pasaran yang tinggi kerana sering kali dibangkitkan isu bahawa berlaku ketidakpadanan. Graduan yang dihasilkan tidak diperlukan oleh industri dan ini akan merugikan sumber dari segi kewangan, masa dan tenaga," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kaji selidik 100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang dijalankan media tempatan, Sivakumar berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada landasan yang betul untuk membuktikan kemampuan dalam melaksanakan pelbagai dasar bagi memajukan negara.
Bagaimanapun, beliau berkata sebahagian daripada dasar berkenaan memerlukan tempoh masa bagi memastikan ia memberi manfaat kepada semua rakyat jelata.
"Kalau kita nak lihat berlaku satu perubahan yang mendadak, itu bukan satu perkara yang mudah. Satu tempoh masa yang lebih panjang perlu diberikan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan dasar yang sedang dirancang dan akan dirancang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata ini kerana ia bukan sahaja telah diluluskan di Parlimen malah para majikan telah diberikan tempoh masa sehingga 1 Jan tahun ini untuk melaksanakan perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Majikan perlu patuh, tidak beri alasan lapuk elak guna pakai Akta Pekerja 1955
Kerajaan menggesa semua majikan mematuhi dan tidak menggunakan pelbagai alasan lapuk bagi mengelak untuk mengguna pakai Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).
MAPS tutup: 265 pekerja akan dapat pampasan
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta susulan notis penutupan taman tema MAPS akan diberi pampasan.
Larang pekerja hotel bertudung: Akta Kerja 1955 akan dipinda
Draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini.