awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan sambut 'lemau' Dasar Gaji Progresif, realiti kelam menanti pekerja

Asyraf Malik
Asyraf Malik
04/05/2025
03:05 MYT
Majikan sambut 'lemau' Dasar Gaji Progresif, realiti kelam menanti pekerja
Dr Durrishah berkata, walaupun majikan ditawarkan insentif oleh kerajaan untuk menaikkan gaji pekerja, namun pihak ini cenderung memaksimumkan keuntungan berbanding mengangkat kebajikan kakitangan.
KUALA LUMPUR: Dasar Gaji Progresif yang bermatlamat meningkatkan upah pekerja seiring peningkatan produktiviti dilihat kurang mendapat sambutan majikan.
Ketua Eksekutif IJN College, Prof Emerita Dr Durrishah Idrus berkata, walaupun majikan ditawarkan insentif oleh kerajaan untuk menaikkan gaji pekerja, namun pihak ini cenderung memaksimumkan keuntungan berbanding mengangkat kebajikan kakitangan.
Jelasnya, kelulusan seperti sarjana muda, diploma mahupun sijil sepatutnya mempunyai skala gaji berpatutan.
"Kita tak boleh bergantung semata-mata pada gaji minimum (RM1,700) kerana ini tidak cukup untuk hidup bermaruah di kota besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
"Haruslah ada imbuhan yang bersesuaian dengan merit pekerja itu," katanya pada Khamis.
Tambah beliau, perlu diwujudkan undang-undang khusus untuk menyelia isu ini dan sudah tentu ia harus dikuatkuasakan.
"Daripada sudut akta dan kesatuan pekerja, Malaysia mempunyai liputan yang komprehensif, namun persoalannya adakah ia benar dilaksanakan atau dipatuhi?
"Kita lihat sahaja gaji seorang kelulusan sarjana muda kejuruteraan awam, tempoh pengajian sekitar 4 tahun, tetapi gaji ditawarkan dalam lingkungan RM1,800 hingga RM2,500.
"Adakah setimpal bayaran itu dengan usaha dicurahkan?" soalnya.
Beliau turut melihat aspek adaptasi teknologi yang boleh membantu kenaikan gaji lebih ketara.
"Selain penggubalan dasar, apa boleh dilakukan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) adalah membantu mengasah kemahiran pekerja untuk berdaya saing dalam dunia teknologi hari ini.
"Apabila pekerja mahir ini mampu menuai hasil berkualiti, maka majikan tiada alasan untuk menyekat imbuhan kepada pekerja yang selayaknya itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Dasar Gaji Progresif
#Kementerian Sumber Manusia
#KESUMA
#IJN Collge
#gaji minimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan