KUALA LUMPUR: Majikan yang dikenal pasti terlibat dengan kes penganiayaan terhadap pembantu rumah asing dan mengambil kesempatan terhadap mereka akan disenarai hitam dan tidak dibenar menggajikan pembantu rumah asing pada masa akan datang.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang didapati mengambil kesempatan terhadap pembantu rumah asing mereka, seperti tidak membayar gaji.
"Kes penganiayaan terhadap pembantu rumah asing walaupun terpencil namun menjejaskan imej dan nama baik negara seperti apa yang dilaporkan dalam satu portal media yang menyatakan seorang pembantu rumah warga Indonesia tidak dibayar gaji meskipun telah berkhidmat selama 12 tahun.
"Perkara ini juga turut menjejaskan usaha kerajaan dalam memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) penggajian pembantu rumah asing dengan negara sumber seperti Indonesia dan Kemboja. Isu sebegini jugalah menyebabkan MoU dengan Kerajaan Republik Indonesia tertangguh dan tidak diperbaharui sejak 2016," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saravanan berkata meskipun pembantu rumah asing dikategori sebagai pekerja dalam sektor tidak formal namun mereka mempunyai hak sebagai pekerja dan kebajikan mereka wajar dijaga dengan baik.
Kontrak pekerjaan pembantu rumah asing turut menggariskan tanggungjawab majikan yang menggajikan mereka ini, katanya dalam kenyataan itu.
Sehingga 31 Jan 2022, jumlah keseluruhan pekerja warga asing adalah 1,157,481 orang dengan jumlah pembantu rumah asing adalah 86,084 orang.
Majoriti pembantu rumah asing adalah dari Indonesia iaitu seramai 59,605 orang diikuti Filipina (22,803), Vietnam (1,031), Kemboja (976) dan lain-lain.
Saravanan berkata Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri juga akan terus bekerjasama rapat menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Jabatan Imigresen untuk menangani isu-isu seumpama itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Kes penganiayaan terhadap pembantu rumah asing walaupun terpencil namun menjejaskan imej dan nama baik negara. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk
Dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.
Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."
Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.