KUALA LUMPUR: Bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa, kerajaan hari ini mengumumkan enam inisiatif antaranya wanita yang kematian suami dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata memahami kesedihan dan bebanan yang ditanggung oleh wanita yang kematian suami, ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi adalah diwajibkan untuk membenarkan wanita untuk BDR bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami diselesaikan.
Selain itu, beliau berkata cadangan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam bermodal besar dijangka berkuat kuasa 1 Sept ini manakala bagi syarikat tersenarai lain pelaksanaannya dijangka pada 1 Jun tahun depan.
"Bagi menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita, sambutan Hari Wanita wajib dilaksanakan pada 8 Mac setiap tahun di semua peringkat sama ada Persekutuan atau negeri," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan turut menubuhkan Majlis Wanita Negara, mewujudkan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual dan memantapkan Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah bagi membantu wanita yang perlu menghadapi proses perceraian panjang.
"Hakam merupakan satu kaedah yang diperkenal Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi mengatasi masalah kes-kes perbicaraan berkaitan perceraian yang mengambil masa sehingga memudaratkan pasangan yang ingin bercerai," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut memperkenalkan Akta Pembiayaan Kewangan iaitu pihak bank boleh membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.
Beliau berkata pihak bank dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan yang melibatkan wang Ringgit di mahkamah dan kaedah ini dikenali sebagai Hiwalah.
Perdana menteri turut menyatakan rasa bangga dengan pencapaian wanita Malaysia yang semakin hari semakin ramai mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang, sama ada di dalam atau di luar negara.
Ismail Sabri berkata berdasarkan Skor Malaysia dalam Indeks Jurang Gender Global 2021 menunjukkan, Malaysia berjaya merapatkan jurang dalam sub-indeks pendidikan dan kesihatan bagaimanapun keterlibatan dalam bidang ekonomi dan politik masih rendah.
Beliau berkata dalam bidang ekonomi dan pekerjaan, kadar penyertaan wanita masih rendah iaitu 55.6 peratus berbanding lelaki iaitu 80.8 peratus.
Selain itu, daripada setiap RM100 gaji dan upah yang diterima lelaki, wanita hanya menerima RM94.07 dan jurang itu semakin meningkat terutama dalam kalangan wanita B40, kesan daripada pandemik COVID-19.
Beliau berkata kadar pengangguran dalam kalangan wanita di Malaysia juga turut meningkat iaitu 307,000 orang pada suku pertama tahun 2021, berbanding 215,700 orang bagi tempoh sama tahun 2020.
"Menyedari hakikat itu, kerajaan akan terus cakna perihal kesejahteraan kaum wanita kerana saya yakin jika diberi peluang dan ruang, wanita mampu menjadi daya penggerak utama produktiviti dan ekonomi negara setanding dengan lelaki," katanya.
Pada majlis itu, perdana menteri turut menyampaikan Anugerah Ikon Wanita kepada lapan penerima melibatkan kategori Ekonomi, Pendidikan, Kesihatan, Kepimpinan, Keselamatan, Perundangan, Wanita Bangkit dan Anugerah Khas Tun Fatimah.
Anugerah Khas Tun Fatimah diberikan kepada Pengasas dan Presiden Persatuan Usahawan Wanita Antarabangsa Malaysia (IWEM) Norazizah Borhan dan anugerah diberikan kepada wanita yang mempamerkan sumbangan luar biasa termasuk menerima pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Ismail Sabri berkata, ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi adalah diwajibkan untuk membenarkan wanita untuk BDR bagi membolehkan urusan keluarga diselesaikan. - Gambar hiasan/ Shahir Omar
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Majikan wajib benarkan isteri kematian suami kerja dari rumah - Ismail Sabri
Bagi memastikan wanita Malaysia terus diperkasa, kerajaan hari ini mengumumkan enam inisiatif antaranya wanita yang kematian suami dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian.
Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita
Leong Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan itu kerana berdasarkan faktor usia dan impian memburu kejayaan.
'Wanita Waja Negara Sejahtera' tema Hari Wanita Kebangsaan 2020
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini bertemakan 'Wanita Waja Negara Sejahtera' bersesuaian dengan semangat serta pengorbanan golongan wanita terutamanya ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19
'Kekurangan bukan penghalang' - Noor Lizah buktikan wanita OKU mampu berjaya
Noor Lizah Saman mengatasi pelbagai halangan, cabaran sebagai OKU hingga berjaya dalam kehidupan dan bidang perniagaan.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara
Warga kota terkejut dengan kehadiran kira-kira 1,000 peserta menyertai perhimpunan tersebut yang memulakan perarakan dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.
Najwa Mahiaddin mahu kongsi muzik sehingga ke Eropah
Najwa sudah mencongak perjalanan kariernya dalam mempromosikan gabungan muzik Melayu tradisional sehingga ke benua Eropah.