awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Bandaraya Ipoh bersihkan rumah warga emas dipenuhi sampah buat kali kelima

Bernama
Bernama
19/06/2025
14:21 MYT
Majlis Bandaraya Ipoh bersihkan rumah warga emas dipenuhi sampah buat kali kelima
Operasi itu dilakukan menerusi kerjasama JKM dengan tiga lori berkapasiti lima tan digunakan bagi melupuskan sampah dari kediamannya. - Foto: Majlis Bandaraya Ipoh
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjalankan operasi pembersihan di rumah milik seorang warga emas di Jalan Merpati, Taman Ipoh di sini buat kali kelima sejak 2020 susulan aduan berterusan berhubung longgokan sampah yang memenuhi premis berkenaan.
Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah berkata operasi penghapusan kacau ganggu itu dilakukan menerusi kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan tiga lori berkapasiti lima tan digunakan bagi melupuskan sampah dari kediaman wanita berusia 71 tahun itu.
Beliau berkata meskipun dua tindakan mahkamah telah diambil sejak lima tahun lepas, namun aduan terus diterima ekoran pemilik premis masih meneruskan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula yang disimpan di halaman rumah sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada komuniti setempat.
"Bagi operasi kali ini, penglibatan JKM merupakan inisiatif tambahan bagi mencari penyelesaian lebih berkesan dan berperikemanusiaan, khususnya bagi membantu warga emas terbabit agar tidak terus mencemarkan imej kawasan persekitaran dan bandar raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi bermula 9 pagi dengan kekuatan 26 anggota MBI dan sembilan anggota serta sukarelawan JKM telah dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang insiden, selain pemilik premis turut memberikan kerjasama penuh kepada pasukan operasi.
Operasi kali kelima itu diketuai oleh Ahli Majlis MBI Lam Yew Tact, Penasihat Undang-Undang Bandaraya MBI Syahrul 'Azrin Ghazali dan wakil JKM Syed Abdul Halim Hilmy Syed Omar.
Zamakhshari berkata barangan yang masih boleh dikitar semula telah dikumpul dan dijual menerusi bantuan sukarelawan JKM dengan hasil jualan diserahkan kepada warga emas terbabit sebagai antara bentuk sokongan kebajikan.
"MBI berharap pendekatan bersepadu sebegini dapat menjadi contoh dalam menangani isu sosial berasaskan aduan awam secara holistik dengan tindakan penguatkuasaan yang tegas serta pendekatan kebajikan berhemah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Ipoh
#pembersihan rumah
#warga emas
#timbunan sambah
#jkm
#kacau ganggu
#hoarder
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan