BERA: Sebanyak RM4,800 diperuntukkan Majlis Belia Daerah (MBD) Bera bagi menjayakan Program Isi Minyak Percuma kepada golongan belia di daerah ini.
Pengerusinya, Mohd Rosidi Hassan berkata, setiap seorang boleh mengisi petrol secara percuma sehingga maksimum RM5 untuk sebuah motosikal.
Sejak dilancarkan Disember lalu, seramai 500 orang belia di daerah ini telah menikmati kemudahan itu.
"Setakat ini, MBD telah menjalankan program ini di empat lokasi iaitu di sekitar kawasan Felda Sebertak, Tembangau 2, Bukit Mendi dan Triang.
"Ada lima tempat lagi yang belum selesai. Kita laksanakan secara berperingkat di lokasi yang berbeza supaya golongan belia dapat menikmati kemudahan ini," katanya.
Katanya, ia antara usaha MBD untuk membantu golongan belia terutamanya mereka yang terjejas berikutan penularan COVID-19 atau bencana banjir baru-baru ini.
Menurut Mohd Rosidi, walaupun sumbangan ini tidak besar sekurang-kurangnya dapat menggembirakan golongan belia, dan berfikiran positif terhadap MDB yang sentiasa berusaha membantu golongan belia.
"Kita cuba apa yang termampu. Bila kita dapat sedikit bajet, kita buat. Kalau nak puaskan hati semua orang memang kami tak mampu.
"Selepas ini, kita akan rancang program yang lebih baik untuk belia namun kita mengharapkan sokongan dan penglibatan pihak-pihak tertentu untuk membantu," katanya.
Difahamkan, lokasi seterusnya ialah di Bandar Bera, Felda Purun, Kuala Bera, Durian Tawar dan Kemayan.
Azizah Shafiei
Wed Feb 02 2022
Mohd Rosidi Hassan (dua dari kanan) bersama AJK MBD Bera mengajak golongan belia di daerah Bera untuk bersama-sama menjayakan Program Isi Minyak Percuma akan datang. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bantuan petrol untuk penunggang motosikal Wilayah Persekutuan bermula April
Pemuda BN Wilayah Persekutuan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motosikal di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula April.