PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai.
Beliau berkata ia terutamanya melibatkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah.
"Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan," katanya.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapan ringkas beliau ketika menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Terdahulu, Anwar yang diiringi beliau iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Kompleks Seri Perdana pada 7.15 malam sebelum menunai solat Maghrib bersama kira-kira 300 jemaah dengan dipimpin oleh Imam Masjid Putra Abdul Karim Zakaria.
Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama tiga tokoh jemputan iaitu Imam Masjid Al-Aqsa di Palestin Syeikh Dr Ekrima Sabri, Ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan Ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, kanan) menghadiri Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana malam ini. - Foto BERNAMA
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.

Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.

Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil
Penyokong TFC meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jalinan usaha antara Malaysia dan IIFA perlu diteruskan - PM Anwar
Anwar mahu jalinan usaha yang konsisten dan dinamik antara Malaysia, menerusi Jakim dan IIFA di peringkat antarabangsa, diteruskan.

Jual nasi lemak RM1 demi anak hidap sindrom Down, paru-paru kronik
Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down.

Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.
Usaha banteras rasuah mula tunjuk kejayaan - Anwar
Perdana Menteri berkata, antara ukuran penting adalah tiada mana-mana kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang terlibat dalam salah laku rasuah.
Messi transformasi MLS
Kehadiran Messi ke kancah Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat telah mengubah landskap sukan itu di negara berkenaan, sekali gus menjadi perhatian dunia.

Majlis ilmu MADANI beri lebih kefahaman kepada konsep negara MADANI - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Lebih 18,000 hadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Putrajaya
Program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.

Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.