Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi gencatan senjata tatkala wabak COVID-19 melanda dunia.
Sokongan sebulat suara tanpa bantahan 15 anggota UNSC itu dicapai pada persidangan yang berlangsung secara maya di New York pada Rabu.
“Meminta semua pihak berkait konflik bersenjata untuk segera bertindak membantu misi kemanusiaan selama sekurang-kurangnya 90 hari berturut-turut untuk membolehkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang selamat, tanpa halangan dan berterusan, memperuntukkan perkhidmatan berkaitan oleh petugas kemanusiaan yang tidak berat sebelah, sesuai dengan prinsip kemanusiaan, berkecuali, tidak memihak dan bebas dalam pengagihan perubatan, seiring undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang pelarian sebagaimana yang termaktub,” memetik draf resolusi dua muka surat itu.
Tempoh 90 hari tersebut bermula pada 1 Julai, hari di mana resolusi tersebut dimeterai.
Bagaimanapun, resolusi itu tidak terpakai bagi operasi menentang Islamic State (IS) di Iraq dan Daesh, Al Qaeda dan Al Nusra Front (ANF).
BACA: 172 negara sokong inisiatif Malaysia, optimis Majlis Keselamatan PBB realisasi gencatan senjata
Ia termasuk individu, kumpulan dan entiti berkait Al Qaeda atau ISIL serta kumpulan pengganas lain yang disenaraikan UNSC.
Ia merupakan kejayaan buat Malaysia apabila mengetuai inisiatif kenyataan bersama menandatangani sokongan gencatan senjata tersebut yang mendapat sokongan 172 negara anggota, negara pemerhati bukan anggota dan pemerhati.
Gesaan tersebut dibuat Setiausaha Agung Pertububan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebelum ini yang mana Malaysia menjadi negara pemula bersama kerjasama rakan kongsi merentasi rantau seperti Bangladesh, Ecuador, Mesir, Jamaica, Jepun, Oman, Senegal, Slovenia dan Sweden dalam menggerakkan inisiatif mendapatkan sokongan negara anggota dan pemerhati PBB.
Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin dalam temu bual bersama Astro AWANI sebelum ini optimis UNSC akan meluluskan resolusi tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jul 01 2020

Malaysia menjadi negara pemula bersama kerjasama rakan kongsi merentasi rantau dalam menggerakkan inisiatif mendapatkan sokongan negara anggota dan pemerhati PBB.

Sasha Saidin bersyukur terima suntikan vaksin COVID-19
Artis terkenal tanah air, Sasha Saidin yang kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Agenda AWANI: Pakej Bantuan Khas, Pulihkan Ekonomi Rakyat

PKPB | IPD Kulim pantau laluan tikus 24 jam sehari
IPD Kulim tubuhkan satu pasukan khas bagi melaksanakan rondaan dan pemantauan 24 jam sehari di dua laluan tikus di negeri itu.

Laporan Khas | Tahan permit, MB arah kerja dihentikan serta-merta
Susulan laporan kemusnahan alam semula jadi di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari, Manjung, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar negeri untuk melakukan siasatan menyeluruh.

Enam notis dikeluarkan isu kenaikan harga
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan enam notis susulan untuk siasatan lanjut susulan laporan berlaku kenaikan harga terhadap minyak masak dalam botol lima kilogram.

UMNO | Tidak perlu heboh desak Ahmad Zahir berundur
Desakan minta Ahmad Zahid berundur tidak perlu diheboh di media Desakan untuk meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi berehat daripada memimpin parti tidak sewajarnya digembar-gemburkan di media dan umum, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Gopeng, Al Yashir Yahaya.

Buletin AWANI Khas: PKP 2.0 | Pakej Bantuan Khas

Pakej PERMAI: Peruntukan awal RM200 juta ringankan beban mangsa banjir
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) pada Isnin.

COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 lagi kematian
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,306 kes baharu COVID-19, menjadi jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 161,740.

PKP di Port Dickson, Seremban antara 5 tumpuan utama kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (18 Januari 2021).

Tular lelaki pakai gelang KKM berkeliaran di RnR Bukit Gantang tidak benar
Lelaki yang diperiksa polis pada kira-kira 11.05 pagi semalam bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.

Kem terbakar, 2,000 pelarian Rohingya hilang tempat tinggal
Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera ketika mereka lari menyelamatkan diri dalam kejadian sekitar jam 2 pagi waktu tempatan di Kem Nayapara.

Wajibkan saringan COVID-19 terhadap pekerja asing keputusan tepat
Kerajaan membuat keputusan tepat apabila mewajibkan semua pekerja asing di Malaysia menjalani saringan COVID-19 bermula 1 Disember lepas.

COVID-19: Kes positif global 77 juta, kematian 1.7 juta
Setakat 6.30 pagi ini waktu Malaysia, terdapat 77,269,379 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia.

Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri lawat rakan- KP Kesihatan
Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks, iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands.

Pekerja asing tapak binaan maut tertimbus di Kuantan
Seorang pekerja kontrak dipercayai warga Bangladesh maut setelah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Kota SAS di sini, hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bangladesh hantar 1,600 pelarian Rohingya ke pulau Bhasan Char
Kira-kira 1,600 pelarian Rohingya dibawa menaiki kapal tentera untuk dihantar ke tapak pelarian baharu di Teluk Bengal, Bhasan Char.

Pekerja binaan maut dihempap tiang konkrit, rakan cedera
Kejadian itu berlaku ketika dua pekerja tersebut sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di kawasan itu sebelum tiang konkrit itu menghempap mereka.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia hampir 65 juta
AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 275,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 174,000 kes.