Majlis Peguam berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya lebih ramai wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Negara berbanding dengan jumlah mereka yang dilantik Senator seperti yang diamal hari ini.
“Ia adalah lebih wajar dan kita memang sepatutnya mempunyai lebih ramai wakil rakyat di dalam Dewan Negara berbanding pelantikan Senator,” Pengerusi Majlis Peguam Negara, Christopher Leong memberitahu Astro AWANI.
“Ini supaya majoriti anggota Dewan Negara akan bertanggungjawab terhadap pengundi atau rakyat,” tambah beliau.
Menurut Leong, rasional disebalik kewujudan Dewan Negara adalah supaya ia dianggotai oleh mereka yang dikenali ramai serta berpengalaman.
Beliau menambah, ini termasuklah mereka yang dikenali ramai di dalam industri, bidang-bidang profesional, pertanian, terlibat dalam aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial, atau wakil kepada kaum minoriti atau mampu mewakili kepentingan Orang Asli.
“Mereka seharusnya tidak berfungsi untuk sebagai proksi cabang eksekutif (kerajaan),” kata Leong.
Leong berkata, orang ramai berpandangan bahawa, “Dewan Negara tidak mencapai tahap yang diharapkan sebagai pihak "pemeriksa dan pengimbang" yang efektif ... kerana ada pandangan bahawa majoriti ahli-ahli yang ada adalah dilantik, bukan dipilih.”
“Mereka (Ahli Dewan Negara) yang dilantik diharapkan untuk bertindak secara bebas, membawa pengalaman masing-masing dan kepakaran sebagai pihak "pemeriksa dan pengimbang" terhadap perkara-perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat,” kata beliau.
Menurut Leong, jika tujuan asal pelantikan Ahli-ahli Dewan Negara ini tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan, beliau berkata peruntukan di bawah Perkara 45(4) Perlembagaan Persekutuan boleh digunakan.
“Melalui peruntukan itu, Parlimen boleh melalui undang-undang sama ada: mengurangkan bilangan ahli Senat yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik sepenuhnya; menambah kepada tiga bilangan ahli yang akan dipilih di setiap negeri, atau memperuntukkan bahawa ahli yang akan dipilih bagi setiap negeri hendaklah juga dipilih oleh pengundi di negeri tersebut secara undian langsung,” kata Leong.
Kini terdapat sejumlah 70 anggota di Dewan Negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 44 anggota dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, termasuk dua senator dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan masing-masing seorang dari Putrajaya dan Labuan. 26 ahli yang lain dipilih oleh setiap negeri: dua Ahli Dewan Negara dari setiap 13 buah Dewan Undangan Negeri.
Sementara itu, pakar undang-undang, Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi menyokong cadangan agar ahli Senat dipilih sepenuhnya kerana menurut beliau ianya akan menjadi ‘lebih demokratik’.
“Perlembagaan sememangnya telah disediakan untuk kemungkinan itu, dan penggubalnya telah mempertimbangkan bahawa perlunya pemilihan penuh untuk keanggotaan Dewan Negara dan ia pasti akan menjadi lebih demokratik,” kata Shad.
Walaubagaimanapun, beliau berpendapat, sekiranya Dewan Negara yang dipilih sepenuhnya keanggotaannya oleh orang ramai, ia harus berlandaskan Dewan Negara yang lebih berkuasa.
“Pada masa ini, Dewan Negara adalah tertakluk kepada Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, yang bermaksud bahawa undang-undang boleh diluluskan tanpa perlu mendapatkan kelulusan Dewan Negara," katanya.
“Jadi, jika kita mahukan Dewan Negara yang dipilih sepenuhnya, ia perlu menjadi lebih berkuasa, seperti Dewan negara di Australia atau Amerika. Daripada menjadi pihak di bawah pengaruh Dewan Rakyat, mereka seharusnya mempunyai kuasa yang sama (dengan Dewan Rakyat).”
Baru-baru ini, Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menggesa kerajaan persekutuan menggubal undang-undang parlimen bagi membolehkan semua negeri menjalankan pilihan raya untuk memilih senator masing-masing, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 45 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Karpal telah mencadangkan idea yang lebih radikal iaitu meminda Perlembagaan untuk memansuhkan Dewan Negara. Beliau berhujah bahawa ia tidak berfungsi seperti yang diharapkan dan imbuhan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara adalah satu pembaziran wang kepada pembayar cukai.
Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam responnya terhadap Karpal, mengatakan Karpal seharus menghormati kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, bukannya menuntut pemansuhan Dewan Negara.
Kelmarin, sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan polis mengenai kenyataan Karpal menggesa pemansuhan Dewan Negara.
Mengulas mengenai cadangan memansuhkan Dewan Negara, Leong berkata bahawa ia adalah "terlalu radikal" dan pendirian Majlis Peguam adalah lebih baik untuk mengekalkan dua dewan berasingan untuk fungsi "pemeriksa dan pengimbang".
Teoh El Sen
Tue May 28 2013


Palsu dokumen UMS: Peter Anthony fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 ke atasnya atas

Realisasikan cadangan letak pasukan pengaman PBB di Gaza - Tun M
Tragedi yang berlaku di Gaza telah meletakkan isu kemanusiaan pada titik paling rendah, selain tiada usaha untuk menghentikannya.

Bazar perayaan lain di KL akan guna konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah pada Jumaat bersetuju untuk memperluaskan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur.

Jualan sektor automotif dijangka merosot pada 2025
Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

ASEAN termasuk Malaysia dapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China - Moody's
Negara anggota ASEAN khususnya Vietnam, Malaysia dan India telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China terutamanya dalam tekstil dan elektronik, kata Moody's Ratings.

UNRWA: Bekalan tepung untuk edaran di Gaza hanya bertahan sekitar enam hari
UNRWA memaklumkan bahawa bekalan tepung untuk diedarkan di Gaza hanya mampu bertahan sekitar "enam hari" kerana tiada bantuan baharu masuk sejak 19 hari lepas.

Tahun 2024 catat jumlah kematian tertinggi migran - Agensi Migrasi PBB
Sekurang-kurangnya 8,938 orang kehilangan nyawa di laluan migrasi sepanjang 2024, menjadikannya tahun paling banyak kematian dalam rekod.

Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Rakyat Malaysia harus menolak suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Hong Leong Bank Bhd lancar lagu Senyum Senyum Raya
Sempena Syawal tahun ini, Hong Leong Bank Bhd (HLB) tampil dengan kelainan dengan pelancaran lagu raya bertajuk Senyum Senyum Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Alif Satar.

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah - Azalina
Kelulusan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 menandakan pengembalian kebebasan perkhidmatan Parlimen selepas 33 tahun dimansuhkan.

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus dilulus supaya Parlimen berfungsi bebas, berdaulat - PM Anwar
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus diluluskan supaya RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 membolehkan Parlimen berfungsi sebagai sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.

GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024).

Graduan diploma Kolej Vokasional cecah 93,094, atasi sasaran KPM
Sebanyak 93,094 graduan diploma dari Kolej Vokasional telah dilahirkan setakat ini, melebihi sasaran 90,000 yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

6,287 peserta sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat sehingga 17 Mac
Seramai 6,287 peserta yang telah diluluskan menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga 17 Mac 2025.

Lebih 50,000 rakyat Malaysia lepaskan kewarganegaraan sejak 2020
Sebanyak 52,225 permohonan rakyat Malaysia untuk melepaskan kewarganegaraan diluluskan dari 1 Januari 2020 hingga 15 Februari lalu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Dewan Negara lulus usul Junjung Kasih Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.